Cara Semak Keputusan SPM Tahun 2023/2024 (Secara Online)

By aiman

Published on:

keputusan spm

Selain pelajar itu sendiri, ibu bapa pastinya antara mereka yang teruja untuk ketahui result SPM. Jadi untuk itu, kami kongsikan 2 cara semak keputusan SPM tahun 2023 secara online untuk tahun terbaru 2024.

Murid sekolah atau calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun tersebut, boleh ketahui keputusan dengan menyemak sendiri terus di sekolah. Jadi boleh datang ke sekolah pada hari pengumuman dan pengeluaran keputusan.

Tapi mungkin ada antara ibu bapa atau penjaga pelajar SPM tersebut tidak sempat untuk hadir ke sekolah bagi dapatkan keputusan anak-anaknya. Jadi mereka boleh semak keputusan SPM tersebut secara online juga sebenarnya.

Advertisements

Tarikh Keputusan SPM Tahun 2023

Seperti yang diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan SPM tahun 2023 akan dikeluarkan dan diumumkan pada 27 Mei 2024 iaitu hari Isnin.

Oleh itu, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Pihak sekolah akan memastikan penyerahan akan dibuat secara cekap dan teratur.

Manakala bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk mendudukan peperiksaan sebelum ini

Cara Semak Keputusan SPM Tahun 2023 Secara Online

Selain daripada pelajar-pelajar ini dapatkan keputusan SPM di sekolah masing-masing, secara pos atau di mana-mana PPD atau JPN, sebenarnya ada lagi cara lain untuk dapatkan keputusan tersebut iaitu secara online.

Terdapat 2 cara dan kaedah yang anda boleh buat untuk semak keputusan SPM iaitu :

1. Secara Online Di Pautan KPM

Semak secara online di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan. Semakan boleh dibuat mulai 10.00 pagi 27 Mei 2024 hingga pukul 6.00 petang pada 2 Jun 2024.

Advertisements

2. Menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Semak menggunakan SMS dengan mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran da hantar ke 15888. Boleh semak bermula 10.00 pagi pada hari yang sama.

Takrifan Gred Keputusan Peperiksaan SPM

Berikut merupakan takrifan gred bagi keputusan peperiksaan SPM untuk panduan calon. Jadi boleh semak keputusan SPM anda menggunakan gred seperti dalam gambar dibawah

Selamat maju jaya kepada semua pelajar atau calon SPM yang akan mengambil keputusan SPM tahun 2023 nanti.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment