Cara Semak Keputusan UPU – Kemasukan Universiti IPTA Lepasan SPM Tahun 2024

By aiman

Published on:

upu online

Selepas melalui beberapa proses permohonan sebelum ini, kini pemohon boleh mula semak keputusan UPU terutamanya bagi kemasukan ke IPTA dan ILKA untuk lepasan SPM tahun 2024.

Memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pastinya menjadi idaman ramai pelajar di Malaysia. Jadi salah satu saluran untuk ke menara gading bagi lepasan SPM adalah menerusi permohonan UPU.

Untuk info, bagi lepasan SPM 2023, permohonana UPU untuk fasa 1 telah dibuka dari Februari hingga Mac 2024. Manakala untuk fasa 2 (yang terakhir) bermula April hingga 10 Jun 2024 yang lalu. Kini barulah keputusan permohonan tersebut akan diumumkan.

Advertisements

Tarikh Keputusan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke IPTA Dan ILKA

Secara rasminya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memaklumkan dimana keputusan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi lepasan SPM akan diumumkan pada 28 Jun 2024 (Jumaat).

Keputusan ini adalah bagi melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma bagi sesi Akademik 2024/2025.

Cara Semak Keputusan UPU Bagi Lepasan SPM Tahun 2024

Sebelum anda semak keputusan UPU anda, pastikan anda telah menyediakan dokumen penting seperti nombor MyKad, nombor rujukan permohonan serta password atau kata laluan yang digunakan semasa pendaftaran.

Ini bagi memudahkan urusan anda membuat semakan dan melancarkan perjalanan anda ketika mengakses laman semakan keputusan tersebut. Adalah lebih baik, sediakan terlebih awal perkara-perkara tersebut

Jadi seperti yang diumumkan, keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang secara online menerusi platform seperti berikut:

  1. Secara online di pautan
    • https://jpt.utm.my
    • https://jpt.uum.edu.my
    • https://jpt.unimas.my
    • https://jpt.ums.edu.my
    • https://jpt.umt.edu.my
  2. Melalui aplikasi mobile UPUPocket di smartphone [Android | iPhone]

Tarikh Pengesahan Setuju Terima Tawaran

Untuk makluman, tawaran tempat bagi sesi Akademik 2024/2025 ini adalah muktamad. Jadi anda tidak boleh buat sebarang permohon pertukaran program pengajian sama ada untuk IPTA atau ILKA.

Advertisements

Jadi untuk pengesahan setuju terima tawaran perlulah dibuat bermula 29 Jun 2024 hingga 7 Julai 2024 dilaman web yang disediakan seperti diatas. Dalam masa yang sama, surat tawaran rasmi juga akan diberi pada 29 Jun 2024 tersebut.

Tapi bagi anda yang tidak berjaya dalam permohonan atau tidak mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja, anda boleh buat rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke UA dan Politenik di https://upu.mohe.gov.my/ mulai 28 Jun 2024 selama 10 hari.

Tetapi untuk rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA, anda boleh ajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Hubungi Pihak Berkenaan

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau permasalahan, anda boleh hubungi pihak UPU di talian 03-8684 2363 atau emel di upu@mohe.gov.my

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment