Saudara ni kita boleh salam ke tidak? Apakah hukum salam mak saudara? Macam mana pula dengan bapa saudara sebelah ibu? Sebenarnya dengan siapa saya boleh bersalam?
Salah satu adat yang sering dilakukan ialah bersalaman sebagai tanda hormat dan kasih sayang. Namun, ramai yang masih keliru tentang siapa yang boleh salam dan siapa yang tidak boleh salam, terutama dalam kalangan saudara yang jauh hubungan darahnya.
Dalam keseronokan beraya, penting untuk kita memahami batas pergaulan mengikut ajaran Islam. Ada saudara yang boleh salam tanpa ragu, seperti ibu bapa, adik-beradik kandung, datuk nenek, dan anak saudara.
BACA JUGA : Senarai Ucapan Hari Raya Aidilfitri Untuk Ahli Keluarga Dan Suadara
Tetapi ada juga yang tidak boleh salam kerana batasan mahram, contohnya sepupu berlainan jantina, ipar, dan saudara susuan dalam situasi tertentu. Mengetahui siapa yang boleh salam bukan sahaja menjaga adab tetapi juga mengelakkan situasi janggal ketika bertemu keluarga besar
Senarai Saudara Yang Kita Boleh Salam Dan Tidak Boleh Bagi Lelaki Dan Perempuan
Untuk lebih terperinci dan memudahkan, Ustaz Wadi Annuar ada kongsikan ilmu berkaitan golongan bukan mahram yang kita boleh salam bagi lelaki dan perempuan. Jika tiada dalam senarai, maka anda boleh bersalaman.
Jadi, sebelum menghulurkan tangan, pastikan hubungan itu jelas supaya suasana raya tetap meriah tanpa rasa kekok.
Saudara Bukan Mahram yang TIDAK BOLEH Bersalaman Bagi Lelaki
- Isteri kepada adik beradik bapa
- Adik beradik perempuan bapa mertua
- Anak perempuan adik beradik isteri
- Adik ipar perempuan
- Sepupu ayah (perempuan)
- Isteri kepada adik beradik emak
- Adik beradik perempuan emak mertuan
- Kakak ipar
- Sepupu perempuan
- Sepupu emak (perempuan)

Saudara Bukan Mahram yang TIDAK BOLEH Bersalaman Bagi Perempuan
- Suami kepada adik beradik bapa
- Adik beradik lelaki bapa mertuan
- Anak lelaki adik beradik suami
- Adik ipar lelaki
- Sepupu ayah (lelaki)
- Suami kepada adik beradik emak
- Adik beradik lelaki emak mertua
- Abang ipar
- Sepupu lelaki
- Sepupu emak (lelaki)

Bagi saudara yang tiada dalam senarai bagi lelaki dan perempaun, itu bermakna kita BOLEH salam. Yang ada dalam senarai ini tidak boleh salam seperti yang diajarkan oleh Islam. Harap bermanfaat.
Jadi lepas ni dah tahu kan hukum salam saudara, hukum salam pakcik belah ayat, hukum bersalam dengan sepupu lelaki sebelah bapa dan sebagainya. Lelaki boleh salam siapa. Perempuan boleh salam siapa.
Sumber : Ustaz Wadi Annuar