Disini kami kongsikan contoh ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2024 bersama-sama beberapa koleksi pantun raya yang anda boleh gunakan sempena menyambuat lebaran.
Dengan adanya ucapan hari raya aidilfitri ini, hari-hari anda pastinya akan lebih meriah. Anda kongsikan kepada yang tersayang dan mereka juga luahkan segala kegembiraan kepada anda.
Selain daripada ucapan hari raya kreatif, anda juga boleh dapatkan pantun raya 2024 bersama hari raya wishes dalama bahasa inggeris. Dengan itu, kemeriahan dapat dirasai dengan bangsa lain juga selain daripada umat Islam.
Ucapan-ucapan ini anda boleh share di laman facebook ataupun twitter disamping caption raya 2024 ini turut boleh digunakan di instagram jika anda kongsikan ootd raya kepada rakan media sosial.
Bukan itu sahaja, ucapan-ucapan ini juga boleh jadikan kad ucapan hari raya aidilfitri dalam bentuk digital. Anda design kad raya dan masukkan ucapan-ucapan ini sebagai pengganti diri.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2024/1445H Di Malaysia
Untuk tahun ini, mengikut kalendar hijrah, umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Syawal pada 10 April 2024 iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan 1 Syawal 1445 Hijrah.
Dengan itu juga, cuti umum adalah pada 10 dan 11 April 2024 iaitu hari Rabu dan Khamis untuk setiap negeri di seluruh Malaysia. Tiada pengumuman cuti peristiwa pada hari Jumaat.
Senarai Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024/1445H
Berikut merupakan antara koleksi dan contoh ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang unik dan kreatif untuk anda gunakan bersama wishes raya in english dan pantun raya untuk tahun 2024.
Ucapan 1
Salam Aidilfitri 1445H/2024M
،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Semoga amal ibadah kita diterima sepanjang bulan Ramadan dan termasuk juga orang-orang yang sentiasa bersyukur.
Ucapan 2
Salam Aidilfitri, Minal ‘Aidin wal-Faizin
Semoga Allah menerima amal kita dan semoga sepanjang tahun anda berada dalam kebaikkan.
Ucapan 3
Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada seluruh umat Islam yang akan bersama-sama meraikannya.
Rai kemenangan dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan.
Ucapan 4
Ini adalah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari diriku kepada anda. Taqabbalallahu minna wa minkum. Salam Eid Mubarak kepada semua dan Maaf Zahir Batin
Ucapan 5
Salam Aidilfitri 1445H/2024
Semoga Allah menerima amal kita dan anda semua. Semoga sepanjang tahun akan diberikan kebaikan untuk kalian.
Ucapan 6
Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa serta tersalah laku yang tidak disengajakan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin
Ucapan 7
Saya dengan rendah diri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Ampun dan maaf dipinta, Sekiranya ada tersilap tingkah laku dalam bergurau senda
Ucapan 8
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.
Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf Zahir dan batin kepada semua umat Islam.
Ucapan 9
Selamat menyambut hari raya aidilfitri tak lama lagi. Semoga kita semua sentiasa mendapat Rahmat dan Berkat di bulan Ramadan pada kali ini. Aamiin
Salam Syawal 1445H
Ucapan 10
“Satu Syawal menjelang tiba, semoga perayaan kali ini sentiasa ceria, salam lebaran kini di pinta, mohon maaf sekiranya terkasar bahasa. Selamat Hari Raya diraikan bersama”
Ucapan 11
Salam Akhir Ramadan dan Salam Lebaran
Semoga Allah terima segala ibadah kita sepanjang bulan Ramadan sebelum ini. Aamiin
Ucapan 12
Sempena meraikan Syawal yang bakal menjengah saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Raikan kemenangan dengan kita saling maaf bermaafan dan kuatkan jalinan silaturahim. Semoga hari raya kali ini lebih ceria dan bermakna.
Hari Raya Wishes & Greetings
- Happy Eid Mubarak! May the festival of breaking the fast put all the magic of love & happiness together
- May the blessings of Allah fill your life with happiness and open all the doors of success now and always. Happy Eid Mubarak.
- Eid Mubarak! Wishing you and your family all the blessings of Allah this day of Eid
- May Allah guide you to the road of success and happiness. Eid Mubarak to you and your family.
- May this Eid fills your life with the brightest of colours. Here’s wishing you and your family a very happy Eid!
- May Allah gifts you lots of happiness, love and wisdom. Wishing you a very Happy Eid!
Senarai Pantun Raya Aidilftiri 2024/1445H
Balik kampung lancar perjalanan,
Bakar lemang belum lagi,
Mohon maaf sesama teman,
Duit raya bila nak bagi?
Ketupat pulut cap permaisuri,
Hendak direbus ditepi perigi,
Pantun dihantar pengganti diri,
Tanda ingatan di Aidilfitri.
Cantik baju kebaya,
Pakai kain satin,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin
Gemersik Takbir mengundang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Ucapan Raya Tanda Ingatan.
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma penuh bererti,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap hari dimaafkan.
Diharapkan contoh ucapan selamat hari raya aidilfitri ini memberikan manfaat kepada anda yang ingin ungkapkan salam aidifitri kepada keluarga dan kenalan sempena hari yang mulia ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin
1 thought on “Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 Dan Pantun Raya”