Anda tahu tak maksud OOTD yang biasa anda tengok kalau ada yang ambil gambar full body dengan pakaian yang cantik terutamanya di media sosial?
Mungkin ada biasa tengok terutamanya di Instagram, baik lelaki dan perempuan mengenakan kostum atau pakaian lengkap yang pastinya lain dari yang lain dengan caption ‘OOTD’ untuk hari ini.
Tapi tahu tak maksud OOTD tersebut? Adakah ianya satu perkataan atau singkatan daripada beberapa perkataan? OOTD ni bahasa melayu ke bahasa inggeris atau bahasa lain?
BACA JUGA : Apa Maksud LOL Dalam Bahasa Melayu?
Jadi kalau anda nak tahu apakah maksud OOTD sebenar, siapakah yang selalu menggunakan perkataan ini dan cara untuk menggunakannya. Anda boleh baca lagi seperti dibawah.
Maksud OOTD Yang Sebenar
OOTD bukanlah satu perkataan rasmi yang ada dalam kamus dewan, tetapi ianya adalah singkatan daripada ‘Outfit Of The Day’ yang bermaksud ‘Pakaian Untuk Hari Ini’ dalam bahasa melayu. Ianya berasal daripada perkataan English dan disingkatkan.
Pakaian yang biasa dipamerkan tersebut adalah bertujuan untuk memberi inspirasi gaya kepada viewers atau followers. Jadi mungkin selepas ini, boleh tiru pakaian tersebut jika anda meminatinya.
Siapakah Yang Boleh Menggunakan Perkataan OOTD?
Perkataan OOTD tidak terhad kepada mana-mana individu baik lelaki atau pun wanita. Sesiapa sahaja bebas dan boleh menggunakannya pada bila-bila masa.
Maksud perkataan tersebut pun tidak melambangkan ianya untuk kaum wanita sahaja. Lelaki juga boleh menggunakannya selagi ianya bersesuaian dengan keadaan.
Keadaan macam mana tu?
Cara Menggunakan Perkataan OOTD
Dalam perkataan OOTD itu sendiri ada mengandungi word ‘Outfit’ yang bermaksud pakaian. Jadi adalah lebih baik jika anda mengenakan pakaian dan barulah boleh menggunakan OOTD ini.
Kalau tak berpakaian, macam mana nak tahu outfit seseorang tersebut kan?
Dah pakai cantik untuk pergi makan malam atau keluar dating atau mana-mana event dan kemudian pose untuk memperagakan pakaian yang anda pakai tersebut secara keseluruhan dari atas hingga bawah.
Kemudian anda upload gambar penuh tersebut di Instagram atau di facebook dengan meletakkan caption pada gambar seperti
Hari ini nak keluar dating, cantik tak OOTD aku ni. Kalau nice, komen nice sikit
OOTD aku hari ini. Ok tak dengan mengenakan baju dan seluar berwarna merah kuning ni? Dah macam ultras Selangor pula kan.
Jadi dah faham apa maksud OOTD sebenar? Boleh la nanti buat untuk OOTD Raya masa Aidilfitri kan. Segak lengkap berbaju melayu untuk lelaki dan baju kurung, blouse, kebaya untuk wanita.
1 thought on “Maksud OOTD Yang Biasa Digunakan Kalau Nak Tunjuk Pakaian”