Pasti ramai yang tertanya-tanya apa maksud LOL yang mana pasti ramai yang biasa lihat atau terbaca terutmanya dalam media sosial yang biasa digunakan.
Jika dalam konteks penulisan di media sosial atau dalam aplikasi permesejan seperti whatsapp atau telegram, biasa kita lihat LOL ini akan digunakan bila lepas buat lawak atau ada unsur komedi yang diceritakan.
Jadi secara amnya, kita boleh tahu lah kegunaan LOL ini digunakan ketika dalam situasi kelakar tetapi terhad kepada penulisan sahaja. Amat jarang sekali kita dengar orang sebut LOL ini ketika bercakap, sebaliknya hanya ketawa sahaja.
Tapi dengan situasi tersebut, apa maksud LOL sebenarnya? Secara tepatnya, bila kita boleh gunakan perkataan ini dalam penulisan. What is the meaning of lol?
Apa Maksud LOL Dalam Bahasa Melayu?
Sebenarnya LOL ini merupakan satu perkataan Bahasa Inggeris yang mana ianya digunakan dalam format tidak rasmi (informal) dalam penulisan. Ianya ada dalam Kamus Cambridge jika anda lihat.
LOL itu sendiri juga merupakan singkatan daripada Laugh Out Loud atau Laughing Out Loud dan ada kalanya sebagai Lots Of Laughs.
Manakala maksud LOL dalam bahasa melayu pula ialah Ketawa Terbahak-Bahak. Ianya digunakan sekiranya anda fikir ianya kelakar atau anda berniata sebagai kelakar.
Erti kata lain, LOL juga boleh diganti dengan perkataan yang lebih panjang dengan menggambarkan ketawa terbahak-bahak iaitu ‘HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA’
Contoh Ayat Dalam Bahasa Melayu
‘Saya pakai seluar terbalik pagi tadi, lol’
‘Baby tersebut akhirnya boleh merangkak, tetapi hanya pandai mengundur sahaja lol’
‘LOL, lawak gila tengok TikTokers ni buat lawak, nampak bersahaja dan spontan’
TAPI…
Ada juga menggunakan perkataan LOL ini dalam situasi yang lain. Ianya tidak melambangkan ‘HAHAHAHAHA’ pun, tapi sekadar ‘HA’ atau ‘heh’ sambil buat muka annoying dan layankan sahaja lawak tersebut.
Secara betulnya maksud LOL adalah menggambarkan situasi yang sangat kelakar, tapi kalau nak guna secara sinis pun boleh. Terserah lol
2 thoughts on “Apa Maksud LOL Dalam Bahasa Melayu”