Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksud zauj dan apa maksud zaujah? Iya, kita biasa tengok perkataan ini dalam internet atau media sosial sama ada dikongsikan oleh rakan-rakan atau anda ada baca dimana-mana blog.
Perkataan-perkataan ini sering kita lihat apabila ada yang share tentang kehidupan kekeluargaan rumah tangga antara suami dan isteri. Jadi biasanya disinilah kita akan jumlah dua perkataan ini iaitu Zauj dan Zaujah. Apa maksud sebenarnya?
Zauj meaning of what? and Zaujah meaning of what? Jadi nak tahu apa maksud sebenarnya, anda boleh terus baca penerangan dibawah.
Maksud Zauj Dan Maksud Zaujah
Sebelum kita kenal maksud bagi perkataan Zauj dan Zaujah ini, kita perlu tahu perkataan-perkataan tersebut adakah dalam bahasa melayu, inggeris, arab atau dalam mana-mana bahasa sekalipun.
Jadi sebenarnya, Zauj dan Zaujah adalah berasal daripada perkataan atau bahasa Arab. Jadi dalam tulisan arab, Zauj (زوج) dan Zaujah (زوجة). Apa makna atau maksud untuk kedua-dua perkataan arab ini sebenarnya?
Maksud Zauj
Zauj adalah perkataan arab yang membawa maksud SUAMI dalam bahasa melayu atau Husband in English. Jadi jika anda nampak mana-mana perkataan ini, ianya membawa maksud suami.

Maksud Zaujah
Manakala untuk perkataan Zaujah yang juga berasal daripada perkataan arab membawa maksud ISTERI dalam bahasa melayu atau Wife in English. Oleh itu, Zauj dan Zaujah membawa maksud suami dan isteri.

Jadi lepas ni, terutamanya untuk pasangan suami isteri yang telah berkahwin, anda bolehlah gunakan perkataan Zauj dan Zaujah dalam ucapan setelah anda tahun maksudnya. Jika anda jumpa lagi perkataan ini nanti, anda pun sudah tahu maksud disebaliknya.
Manakala bagi yang belum berkahwin dan sedang mencari bakal suami atau bakal isteri. Anda boleh lah gunakan ‘Zauj Almustaqbal’ yang membawa maksud bakal suami dalam bahasa arab dan ‘Zaujah Almustaqbalia) yang membawa maksud bakal isteri dalam bahasa arab.
2 thoughts on “Maksud Zauj Dan Zaujah (Arab-Bahasa Melayu)”