Terbuka Jepun atau Japan Open 2025 akan memulakan kempen semula untuk aksi World Tour selepas berehat berehat seminggu dalam mengharungi siri di benua Amerika dalam US Open dan Canada Open.
Juga turut digelar dengan Daihatsu Japan Open 2025 merupakan kejohanan badminton yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium, Tokyo, Jepun bermula 15 hingga 20 Julai 2025.
BACA JUGA : Senarai Penuh Kalendar Badminton 2025
Ini merupakan kejohanan ketujuh belas dalam kalendar BWF World Tour 2025. Ianya merupakan acara dengan kategori Super 750 dimana menawarkan mata rangking yang tinggi disamping hadiah keseluruhan berjumlah USD 950,000 atau sekitar RM4 juta.
Kejohanan : Daihatsu Japan Open 2025
Tarikh : 15 – 20 Julai 2025 (Selasa – Ahad)
Venue : Tokyo Metropolitan Gymnasium
Acara : Super 750
Hadiah : $850,000 (~RM4 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Di Japan Open 2025
Super 750 pastinya menyenaraikan ramai pemain-pemain top dunia. Malaysia juga tidak ketinggalan membawa pemain-pemain mereka bagi beraksi dalam kejohanan Jepun Open kali ini.
Berikut merupakan antara pemain-pemain negara yang layak beraksi dalam kejohanan ini sama ada mereka dibawah naungan BAM, mahupun pemain profesional negara :
- Perseorangan Lelaki – Lee ZIi Jia [6], Leong Jun Hao
- Perseorangan Wanita – Goh Jin Wei
- Beregu Lelaki – Choong Hon Jian/Muhammad Haikal, Goh Sze Fei [8]/Nur Izzuddin, Low Hang Yee/Ng Eng Cheong, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Man Wei Chong/Kai Wun Tee
- Beregu Wanita – Pearly Tan/Thinaah Muralitharan
- Beregu Campuran – Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie, Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei
Siaran Langsung Terbuka Jepun 2025 [Live Streaming]
Sama seperti sebelum-sebelumnya, setiap kejohanan badminton terutamanya bagi saingan BWF World Tour akan disiarkan secara langsung di kaca tv. Jadi peminat badminton khususnya boleh menyaksikannya secara live.
Jadi untuk Japan Open, ianya akan ditayangkan menerusi saluran Astro Badminton (815) atau secara online di Astro Go. Jadi pengguna Astro, boleh dapatkan akses tontonan untuk kejohanan ini.
Bagi yang tiada Astro, boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi platform Sooka atau di https://www.youtube.com/@bwftv. Anda boleh menggunakan sama ada laman web atau aplikasi mobile.
Keputusan Terkini & Jadual Perlawanan Japan Open 2025
Berikut merupakan jadual perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja sepanjang kejohanan. Manakala keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa hingga akhir.
Pusingan 32 [D1]
15 Julai 2025 (Selasa) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 8.00 am (MYT)
| [MS] Perseorangan Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Alex Lanier [8] (FRA) | 21 | 21 | – |
| Leong Jun Hao (MAS) | 12 | 14 | – |
| [WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Rin Iwanaga [6]/Kie Nakanishi (JPN) | 17 | 21 | 21 |
| Ong Xin Yee/Carmen Ting (MAS) | 21 | 8 | 8 |
| [MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Christo Popov/Toma J Popov (FRA) | 21 | 17 | 19 |
| Mohd Azriyn Ayub/Tan Wee Kiong (MAS) | 13 | 21 | 21 |
| [MD] Beregu Lelaki | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Goh Sze Fei [1]/Nur Izzuddin (MAS) | 21 | 21 | – |
| Kevin Lee/Ty Alexander Lindeman (CAN) | 13 | 15 | – |
| [WD] Beregu Wanita | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| Baek Ha Na [4]/Lee So Hee (KOR) | 21 | 21 | – |
| Go Pei Kee/Teoh Mei Xing (MAS) | 9 | 19 | – |
Pusingan 32 [D1]
16 Julai 2025 (Rabu) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 8.00 am (MYT)
~ kemaskini seterusnya, anda boleh pergi ke laman web https://bwfworldtour.bwfbadminton.com/tournament/5198/daihatsu-japan-open-2025/results/2025-07-16
Pusingan 16
17 Julai 2025 (Khamis) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 8.00 am (MYT)
Suku Akhir
18 Julai 2025 (Jumaat) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 9.00 am (MYT)
Separuh Akhir
19 Julai 2025 (Sabtu) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 9.00 am (MYT)
Final
20 Julai 2025 (Ahad) – Perlawanan pembukaan adalah pada jam 10.00 am (MYT)
Untuk dapatkan jadual dan keputusan lain-lain pemain dan perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwf.tournamentsoftware.com/











