Bagi anda yang mencari apakah maksud perkataan akhi, ukhti, akhwat dan ikhwa serta makna dalam bahasa melayu, boleh ketahuinya disini. Juga disediakan contoh penggunaan bagi setiap perkataan.
Bahasa Arab kini bukan lagi hanya di negara-negara Arab sahaja. Kini sudah berada di seluruh dunia. Selain daripada penggunaan dalam setiap amal ibadah, ada juga digunakan dalam penggunaan harian.
BACA : Maksud Perkataan Zauj Dan Zaujab Dalam Bahasa Melayu
Jadi salah satu negara yang menerima pengaruh Bahasa Arab adalah di Malaysia. Selain menggunakan untuk ibadah solat contohnya, bahasa Arab ada juga digunakan dalam pergaulan seharian.
Jadi antara bahasa Arab yang digunakan adalah perkataan contoh seperti Akhi, Ukhti, Akhwat dan Ikhwan inilah. Kesemua perkataan ini adalah dalam bahasa Arab, tetapi ada yang menggunakannya ketika berkomunikasi.
Maksud Perkataan Akhi, Ukhti Akhwat, Ikhwan Dalam Bahasa Melayu
Bahasa Arab berbeza dengan bahasa Melayu. Daripada satu perkataan, jika ianya berbentuk tunggal, ianya menjadi perkataan yang lain. Jika ramai atau banyak atau dalam bahasa arab di panggil jamak, perkataannya juga berubah.
Akan tetapi perkataan asasnya masih sama. Berbeza dengan Bahasa Melayu, kalau ramai, kita hanya perlu tambah perkataan sahaja; ramai orang, banyak kasut, banyak haiwan dan pelbagai lagi. Bahara Arab berbeza.
Maksud Perkataan Akhi & Contoh Penggunaanya
Perkataan “Akhi” dalam bahasa melayu bermaksud “saudaraku” dan ianya merupakan panggilan untuk saudara lelaki tunggal atau seorang. In english, Akhi meaning “My Brother”.
Contoh Penggunaan:
“Assalamulaikum habibi akhi Faizol, awak apa khabat?”
“Jemput akhi, makan lemang dan rendang yang saya masak ini”
Maksud Perkataan Ikhwan & Contoh Penggunannya
Jika maksud perkataan Akhi adalah saudara lelaki untuk seorang. Maka maksud “Ikhwan” adalah saudara lelaki untuk ramai atau dalam bahasa arab dipanggil Jamak. Lebih daripada dua, dah ramai.
Contoh Penggunaan:
“Jemput masuk ikhwan semua ke dalam, kami ada masak sikit”
“Minta maaf kepada ikhwan semua kerana lambat untuk meeting kali ini”
Maksud Perkataan Ukhti & Contoh Penggunannya
Secara asasnya, perkataan “Ukhti” membawa maksud yang sama iaitu “saudaraku”. Jika Akhi panggilan untuk lelaki, manakala Ukhti digunakan untuk saudara perempuan tunggal (seorang). In english, Ukhti meaning “My Sister”.
Contoh Penggunaan:
“Selamat datang ukhti Neelofa, nak beli tudung yang mana satu ni?”
“Maafkan saya ukhti Bella, boleh tahu sekarang pukul berapa?”
Maksud Perkataan Akhwat & Contoh Penggunaanya
Ukhti merujuk kepada saudara perempuan tunggal. Manakala “Akhwat” dalam bahasa Melayu bermaksud saudara perempuan untuk ramai.
Contoh Penggunaan:
“Diharapkan kepada semua akhwat untuk rapatkan saf”
“Untuk ujian amali pada esok hari, hanya dibuka kepada akhwat sahaja dan jangan lupa bawa kain putih”
Kini anda sudah tahu apa maksud perkataan Akhi, Ukhti, Ikhwan dan Akhwat. Oleh itu, boleh la cuba untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga menggunakan bahasa arab untuk asas dahulu.