Senarai cuti umum negeri Johor tahun 2026 menjadi rujukan penting bagi setiap penduduk, pekerja sektor awam dan swasta, pelajar serta pelancong yang merancang aktiviti sepanjang tahun khusus di negeri Johor.
Dengan mengetahui tarikh cuti lebih awal, perancangan percutian, urusan keluarga, jadual kerja dan acara rasmi dapat diatur dengan lebih teratur dan efisien. Boleh tengok kalendar disini.
Johor mempunyai beberapa cuti umum yang berbeza berbanding negeri lain, termasuk cuti berkaitan sambutan negeri dan keagamaan.
Oleh itu, maklumat lengkap dan terkini mengenai cuti umum negeri Johor 2026 amat diperlukan bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan setiap perancangan berjalan lancar.
Senarai Tarikh Bagi Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2026
Berikut merupakan senarai penuh tarikh dan hari bagi setiap cuti umum dan cuti khusus bagi negeri Johor Darul Ta’zim sepanjang tahun 2026.
| Cuti Umum | Tarikh | Hari |
|---|---|---|
| Hari Thaipusam | 1 Feb | Ahad |
| Tahun Baru Cina | 17 Feb | Selasa |
| Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | 18 Feb | Rabu |
| Awal Ramadan | 19 Feb | Khamis |
| Hari Raya Puasa | 21 Mac | Sabtu |
| Hari Raya Puasa (Hari Kedua) | 22 Mac | Ahad |
| Hari Keputeraan Sultan Johor | 23 Mac | Isnin |
| Hari Pekerja | 1 Mei | Jumaat |
| Hari Raya Qurban | 28 Mei | Khamis |
| Hari Wesak | 31 Mei | Ahad |
| Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong | 1 Jun | Isnin |
| Awal Muharram (Maal Hijrah) | 17 Jun | Rabu |
| Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | 21 Julai | Rabu |
| Maulidur Rasul | 25 Ogos | Selasa |
| Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Isnin |
| Hari Malaysia | 16 Sept | Rabu |
| Hari Deepavali | 8 Nov | Ahad |
| Hari Krismas | 25 Dis | Jumaat |
Semoga perkongsian tarikh cuti umum negeri Johor 2026 ini bermanfaat untuk anda yang ingin membuat perancangan tahunan khusus untuk bangsa Johor.
Sumber : kabinet.gov.my









