Pentas semi final EFL Cup 2025/26 kini telah tersedia. Salah satu perlawanan yang pastinya menjadi tumpuan utama iaitu pertemuan Chelsea vs Arsenal.
Dua pasukan gergasi England akan bertemu di pusingan separuh akhir apabila berjaya menumpaskan lawan masing-masing ketika di peringkat suku akhir pada minggu sudah.
Berbeza di peringkat sebelum ini, separuh akhir berlangsung secara timbal balik. Ini bermakna, kedua-dua pasukan akan bermain di halaman sendiri dan juga di tempat lawan.
Pasukan yang memiliki bilangan agregat akan mara ke pentas final EFL Cup atau Carabao Cup untuk musim 2025/26.
Seperti yang dijadualkan, pertemuan Chelsea vs Arsenal akan berlangsung pada 15 Januari 2026 untuk pusingan pertama, manakala pada 4 Februari depan adalah untuk timbal balik kedua.
Selain pertembungan Chelsea vs Arsenal, satu lagi semi finalist yang tersenarai iaitu perlawanan Newcastle United dan Manchester City.
Perlawanan tersebut berlangsung pada 14 Januari 2026 untuk perlawanan pertama dan 5 Februari depan untuk perlawanan kedua.
Pasukan manakah yang akan bertemu di final EFL Cup pada musim kali ini? Adakah Arsenal akan kecundang sekali lagi di peringkat separuh akhir seperti pada musim lalu? Bagaimana pula dengan prestasi Chelsea sekarang? Adakah mereka mampu untuk teruskan kemaraan?
Siaran Langsung Chelsea vs Arsenal Di Peringkat Semi Final 2026
Jadi untuk semua fans kedua-dua pasukan, jangan terlepas untuk saksikan Chelsea vs Arsenal yang akan berlangsung pada 15 Januari 2025, jam 4.00 pagi waktu Malaysia.
Setakat ini tiada pengumuman rasmi tayangan siaran langsung yang dibuat pada mana-mana platform seperti Astro, RTM mahupun TVS.
Keputusan Perlawanan
Chelsea vs Arsenal
Masa : 4.00 AM (MYT)
Venue : Stamford Bridge
Tayangan TV : ~Tiada
Live Streaming : Link 1 | Link 2












