Pada tahun 2026, sambutan Tahun Baru Cina akan diraikan dengan penuh kemeriahan oleh masyarakat Cina khususnya di Malaysia pada 17 Februari 2026.
Apabila tibanya perayaan ini, suasana pasti dihiasi dengan ucapan yang membawa maksud kesejahteraan, kekayaan dan kegembiraan untuk tahun yang baharu.
Bagi komuniti Cina di serata dunia termasuk di negara kita, Tahun Baru Cina ialah antara perayaan paling utama dalam kalendar tahunan mereka.
Hari istimewa ini menjadi waktu untuk ahli keluarga berkumpul, mengeratkan kembali hubungan yang mungkin jarang bertemu, serta menanam harapan agar tahun mendatang lebih membawa tuah dan kebahagiaan.
Sepanjang musim perayaan ini, pelbagai juadah tradisi akan dihidangkan untuk dinikmati bersama. Ramai juga yang mengenakan pakaian baharu sebagai simbol permulaan yang segar. Saudara-mara sama ada yang tinggal berdekatan atau jauh akan pulang berhimpun di bawah satu bumbung.
Ketika inilah kita dapat melihat percikan mercun dan bunga api menerangi langit, selain dekorasi serta busana berwarna merah yang sinonim dengan simbol tuah dan keberuntungan dalam budaya masyarakat Cina.
Walaupun tidak semua rakyat Malaysia menyambutnya, kita sebagai masyarakat majmuk tetap boleh sama-sama memeriahkan suasana dengan menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan dan kenalan berbangsa Cina.
BACA JUGA : Koleksi Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Antara ucapan yang sering didengar ialah “Gong Xi Fa Cai” yang membawa maksud mendoakan kemakmuran dan rezeki yang melimpah kepada penerimanya.
Sekiranya anda ingin tampil dengan kelainan, terdapat pelbagai pilihan ucapan lain yang boleh digunakan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026.
Ucapan tersebut boleh disampaikan dalam bentuk mesej ringkas, caption media sosial, malah boleh juga digubah dalam bentuk pantun bagi menambah sentuhan kreatif dan lebih bermakna.
Senarai Ucapan Selamat Tahun Baru Cina (CNY) 2026
Di bawah ini disediakan contoh ucapan dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris yang boleh anda gunakan.
Anda boleh menyampaikannya secara peribadi kepada rakan-rakan berbangsa Cina, atau kongsikan di platform media sosial seperti Facebook, X, TikTok, Instagram dan lain-lain bagi menyebarkan lagi semangat perayaan ini.
Ucapan 1
Selamat Tahun Baru Cinta 2026. Xin Nian Kuai Le kepada kawan-kawan dan rakyat Malaysia yang berbangsa Cina
Ucapan 2
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026
“Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya. Semoga sambutan tahun baru ini membawa kemakmuran dan kebahagian kepada kita semua”
Ucapan 3
Happy Chinese New Year kepada semua kaum Cina yang menyambutnya di Malaysia.
Ucapan 4
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026
“Semoga perayaan ini disambut dengan meriah serta dapat mengeratkan lagi semoga perpaduan sesama kita”
Ucapan 5
Happy Chinese New Year 2026. Selamat menyambut tahun baru cina 2026 kepada semua kaum Tionghua serta kepada mereka yang meraikannya
Ucapan 6
Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berketurunan Cina. Semoga tahun kuda ini membawa sifat kasih sayang dan manja serta lebih sempurna, dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan bermakna dalam kehidupan
Ucapan 7
Happy Chinese New Year
Saya doakan semoga Tahun Kuda ini akan membawa kesihatan, kebahagian dan kesejahteraan kepada anda semua sekeluarga.

Ucapan 8
Selamat Tahun Baru Cina bagi tahun 2026 kepada masyarakat kaum cina dengan penuh riang dan gembira bersama keluarga tercinta.
Ucapan 9
Selamat memyambut Tahun Baru Cina 2026 kepada yang meraikanya. Tingkatkanlah perpaduan dan jalinan persaudaraan yang baik dan mesra sesama jiran terangga dan dalam masa sama cegahlah jenayah yang tidak baik agar masyarakat majmuk dapat di bentuk secara harmoni.
Ucapan 10
Wishing a very Happy Chinese New Year to you. On this special occasion, I wish you a year full of success, happiness, and smiles.
Ucapan 11
Gong Xi Fa Chai
May your days be as glittery as a diamond, may your friends be as good as gold, may your heart stay as green as an emerald, and may your soul remain as pure as a pearl.
Ucapan 12
Wherever you go, may prosperity and good fortune always be with you. I’m wishing you a prosperous Rabbit year!
Happy Chinese New Year 2026
Pantun Tahun Baru Cina (CNY) 2026
Kita ada juga ada ucapan dalam bentuk pantun. Lebih kreatif untuk anda gunakan:
Pantun 1
Berjalan raya ke sana ke sini,
Singgah sekali di rumah Ah Hie,
Daku doakan anda murah rezeki,
So jangan lupa bagilah angpau sekali.
Pantun 2
Tua muda miskin dan kaya
Semua bergembira sambut Raya Cina,
Covid-19 masih lagi ada,
Hendaklah kita sentiasa berwaspada.
Pantun 3
Awan bertali di petang hari,
Bertiup lembut angin di sawah,
Murah rezeki angpau diberi,
Yee Sang disambut eratkan ukhwah.
Pantun 4
Kueh bangkit manis bergula,
Bila makan sampai terleka,
Ini tahun giliran Kuda pula,
Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka.
Pantun 5
Jalur gemilang diberi nama,
Rakyat hidup aman sentosa,
Biar berbeza bangsa dan agama,
Gong Xi Fa Cai tetap dirasa
Pantun 6
Malaysiaku, tanah air tercinta,
Pelbagai bangsa ada didalamnya,
Selamat Tahun Baru Cina 2023,
Semoga semua gembira dan ceria.
Pantun 7
Tampak berkilau batu berlian,
Dipilih puteri menghias jari,
Buah limau simbol kekayaan,
Vitaminya tinggi tingkatkan antibodi.











