Pada tengah malam 4 Disember 2024, kita dikejutkan dengan pengumuman oleh Presiden Korea Selatan iaitu Yoon Suk Yeol yang umumkan Undan-Undan Tentera atau ‘Martial Law’.
Rakyat Korea Selatan pastinya terkejut dan terpinga-pingat dengan pengumuman tersebut. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga tertanya-tanya apa yang sudah terjadi kepada negara yang mendokong demokrasi tersebut?
Apa sebenarnya berlaku?
Penjelasan Ringkas Berkaitan Kejadian Pengumuman Martial Law di Korea Selatan
Menerusi perkongsian pengguna aplikasi X iaitu @AzizulFarhan2 yang mana beliau ada menerangkan secara ringkas apa yang sedang berlaku di Korea Selatan ketika ini.
Apa Itu Undang-Undang Tentera atau Martial Law?
Undang-Undang Tentera atau Martial Law ini bukan benda kecil. Bila ia dikuatkuasakan, pihak tentera akan mengambil alih kuasa penuh untuk kawal negara.
Seperti contoh, hak asasi kebebasan bersuara, media bebas dan protes awam biasanya akan ‘diketepikan’ atau tidak dibenarkan sama sekali.
Kali terakhir Martial Law diumumkan di Korea Selatan ialah pada tahun 1980 iaitu ketika atau masa krisis Gwangju.
Tetapi, di era moden sekarang yang aman, kenapa ianya diisytiharkan semula?
Krisis Politik: Permainan Kuasa atau Perlindungan Negara?
Sejak pilihan raya umum pada April lalu, Presiden Yoon berada dalam situasi yang genting. Partinya iaitu People Power Party (PPP) kalah besar dan pembangkang kini menguasai parlimen.
Bukan itu sahaja, rakyat pula semakin marah dengan pelbagai skandal melibatkan pentadbitan Yoon, termasuk yang melibatkan isterinya, Kim Keon Hee.
Kontroversi Isteri Presiden
Kim Keon Hee menjadi pusat pemerhati selepas video tular menunjukkan dia menerima beg tangan Dior bernilai 3 juta won (~RM11,000) daripada seorang pastor.
Selain itu, beliau juga dituduh terlibat dalam manipulasi harga saham.
Walaupun Yoon sudah tampil memohon maaf kepada rakyat pada November lalu, beliau menolak siasatan terhadap isterinya tersebut
Hal ini menyebabkan imej presiden terus tercalar.
Malah, dalam parti Presiden Yoon sendiri, ada pemimpin yang membandingkan isterinya dengan Marie Antoinette, Ratu Perancis yang terkenal dengan gaya hidup mewah.
Jadi tak hairanlah pembangkang, menggelar pentadbiran Yoon sebagai ‘Tidak Tahu Malu’.
Tidak cukup dengan itu, Presiden Yoon juga terpalit dalam skandal influence-peddling (salah guna pengaruh) apabila beliau dan isterinya dituduh menggunakan kuasa mereka untuk mencalonkan individu tertenu dalam Pilihan Raya Kecil 2022.
Rakaman audio yang bocor menunjukkan Yoon berbual dengan Myung Tae-Kyun, seorang broker pilihan aya mengenai pencalonan tersebut.
Walaupun Yoon menafikan sebarang salah laku, skandal ini terus menjadi tajuk utama di Korea Selatan dimana telah memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk menyerang pentadbirannya.
Skandal ini terus menjejaskan popularitinya yang kini jatuh dibawah 20%.
Pengumuman Mengejut Oleh Presiden Korea Selatan, YoonS uk Yeol
Pada malam Selasa, Yoon telah membuat pengumuman mengejutkan di TV Nasional.
Tuduhan itu ditujukan kepada pembangkan yang beliau dakwa ‘merampas parlimen’.
Beliau mendakwa parlimen telah ‘diambil alih’ oleh pihak pembangkang dan menuduh mereka sebagai elemen anti-negara, komunis dan pro-Korea Utara.
Beliau salahkan Parti Demokratik (DP) melakukan ‘diktator legislatif’ dengan kuasai parlimen dan meluluskan ran undang-undang (RUU) bajet tanpa persetujuan kerajaan.
Yoon turut merujuk kepada 22 percubaan pendakwaan pegawai pentadbirannya sejak beliau memegang jawatan pada Mei 2022.
Katanya langkah ini (Martial Law0 perlu untuk menyelamatkan demokrasi.
Tapi hakikatnya, ramai melihat ini sebagai cubaan terakhir untuk beliau mempertahankan kuasanya sebagai Presiden Korea Selatan.
Parlimen Dan Rakyat Bangkit Menentang
Tak sampai 3 jam selepas pengumuman berkaitan Undang-Undang Tentera ini, parlimen bertindak pantas.
Speaker parlimen mengisytiharkan langkah tersebut tidak sah dan 190 ahli parlimen daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang termasuk 18 ahli parti Yoon sendiri (PPP) sebulat suara menolak Undang-Undang Tentera tersebut.
Malah, Han Dong Hoon iaitu Ketua Parti Presiden Yoon sendiri turut menyatakan penentangan.
Di luar parlimen, ratusan rakyat membanjiri jalan. Ketika itu juga, tentera telah memenuhi ruang bagi menyekat pergerakan keluar masuk ahli-ahli parlimen.
Ketika itu, rakyat mula melaungkan ‘Batalkan Undang-Undang Tentera’ dan ‘Tangkap Yoon Suk Yeol’.
Keadaan makin panas bila tentera cuba masuk ke bangunan parlimen untuk menguatkuasakan Undang-Undang Tentera.
Tentera cuba memasuki bangunan parlimen, bahkan ada laporan tingkat dipecahkan oleh anggota tentera untuk masuk ke dewan.
Kakitangan parlimen siap sembur pemadam api untuk halang tentera masuk.
Kesan Ekonomi Dan Antarabangsa
Langkah drastik ini bukan sahaja menggoncang landskap politik, tetapi juga ekonomi Korea Selatan.
Nilai mata wang won jatuh mendadak berbanding Dolar AS yang mana telah memaksa bank pusat bersedia untuk menstabilkan pasaran.
Menteri Kewangan ketika itu, Choi Sang Mok segera mendakan mesyuarat kecemasan untuk menangani krisis ini.
Di peringkat antarabangsa, Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memantau situasi ini dengan serius.
Dengan 28,500 tentera US ditempatkan di Korea Selatan, ketegangan ini menjadi kebimbangan besar kepada Washington.
Bekas Presiden Moon Jae In pula menyatakan kembimbangan bahawa demokrasi Korea Selatan ini berada di ambang krisis, dan menyeru rakyat untuk bersatu mempertahankannya.
Adakah Sejarah Berulang?
Korea Selatan pernah lalui sejarah gelap dengan Undang-Undang Tentera seperti yang berlaku pada tahun 1980 semasa protes Gwangju yang menyaksikan ribuan nyawa melayang.
Keputusan Yoon untuk menggunakan langkah yang sama, kini telah menghidupkan semula trauma lama rakyat Korea sendiri.
Bagi mereka, ini bukan sekadar isu politik biasa, tapi persoalan sama ada demokrasi negara itu mampu bertahan.
Apa Yang Akan Jadi Seterusnya?
Secara rasmi pada jam 4.00 pagi waktu Malaysia, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol telah menarik balik pengisytiharan Undan-Undang Tentera.
Tetapi persoalan seterusnya, apa yang bakal terjadi kepada tampuk kerajaan dan presiden itu sendiri?
Sumber : X/@AzizulFarhan2