Final Malaysia Masters 2025 : Siaran Langsung Aaron Chia/Wooi Yik vs Man Wei Chong/Kai Wun Tee

By aiman

Published On:

Follow Us
final malaysia masters 2025

Kita bakal dapat saksikan 2 wakil negara berentap bagi kategori beregu lelaki di pentas final dalam kejohanan badminton BWF PRODUA Malaysia Masters 2025 pada hujung minggu ini.

Aksi ini mempertemukan Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Man Wei Chong Kai Wun Tee pada 25 Mei 2025, hari Ahad bertempat di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

Kedua-dua regu negara berjaya mengharungi 4 perlawanan sebelum mara ke pentas akhir. ChiaSoh sebagai pilihan keempat berjaya menumbangkan regu no 1 dunia di pusingan separuh akhir semalam Kim Astrup/Rasmussen dalam aksi rubber set dengan keputusan 19-21, 21-17, 15-21.

Manakala ManTee berjaya menundukkan regu no.1 Jepun iaitu Takuro Hoki/Yugo Kobayashi dalam aksi straight game, 12-21, 14-21. Pada sebelumnya, pilihan ke-5 kejohanan ini berjaya mengenepikan rakan senegara yang jug regu no. 2 dunia Goh Sze Fei/Nur Izzuddin dalam aksi rubber set 19-21, 21-7, 21-16.

Selepas masing-masing berjaya menumbangkan lawan yang lebih hebat di pusingan sebelumnya, kedua-dua akan bertemu di final Malaysia Masters 2025 bagi merebut gelaran juara.

Ini juga merupakan aksi final back-to-back untuk gandingan ChiaSoh selepas bergelar juara di Thailan Open pada minggu lalu.

Malaysia Masters 2025 telah berlangsung sejak 20 Mei yang lalu bermula di peringkat kelayakan. Kejohanan Super 500 ini menawarkan mata rangking BWF, disamping hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 475,000 (~RM2 Juta).

Siaran Langsung Final Malaysia Masters 2025

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi final Malaysia Masters 2025 pada 25 Mei ini, bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Tayangan siaran langsung adalam menerusi saluran Astro Badminton 815 dan live streaming di Sooka.

Untuk aksi Aaron Chia/Soh Wooi Yik vs Man Wei Chong/Kai Wun Yee, ianya merupakan perlawanan terakhir iaitu yang kelima. Bakal berlangsung sekitar pukul 4.00 petang.

Untuk info lanjut, boleh pergi ke laman web rasmi BWF disini

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now