Siaran Langsung Malaysia vs Filipina Live Streaming Piala Mandiri ASEAN B-23 Tahun 2025

By aiman

Updated On:

Follow Us
piala mandiri malaysia vs filipina

Perlawanan pertama yang dinanti-nantikan dalam Piala Mandiri B-23 ASEAN mempertemukan Malaysia vs Filipina yang dijadualkan berlangsung pada hari Selasa di Jakarta.

Aksi ini membuka tirai kejohanan yang menghimpunkan bakat muda terbaik rantau Asia Tenggara. Skuad B-23 Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih Nafuzi Zain kini sudah bagi menghadapi cabaran dalam Kumpulan A yang turut menempatkan pasukan tuan rumah Indonesia serta Brunei.

Pertemuan Malaysia vs Filipina

Malaysia vs Filipina bakal menjadi medan ujian sebenar buat skuad muda negara dalam misi mereka untuk melangkah lebih jauh di pentas Piala Mandiri B-23 ASEAN untuk musim 2025 kali ini.

Perlawanan ini bukan sekadar aksi pembuka tirai, tetapi juga menjadi penentu rentak awal pasukan Malaysia dalam kejohanan kali ini. Stadium Gelora Bung Karno akan menjadi saksi kepada usaha gigih anak buah Nafuzi Zain untuk meraih kemenangan pertama.

Indonesia, Filipina dan Brunei merupakan pasukan yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan perlu diberi perhatian penuh. Pastinya ini cabaran besar untuk skuad Harimau Muda.

Pasukan Malaysia tidak mahu memandang rendah kemampuan Filipina walaupun secara tradisi sering dianggap sebagai pasukan underdog. Dalam bola sepak, segalanya boleh berlaku dan itulah sebabnya Malaysia vs Filipina menjadi perlawanan yang cukup penting untuk dimenangi.

Malaysia Perlu Menang Untuk Meningkat Moral

Penting bagi Malaysia untuk bermula dengan langkah kanan kerana kemenangan awal mampu meningkatkan keyakinan dan memberikan kelebihan moral sebelum bertemu pasukan tuan rumah Indonesia dan Brunei.

Perlawanan Malaysia vs Filipina juga dijangka menjadi peluang untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi yang telah dirancang oleh Nafuzi Zain bersama barisan kejurulatihan. Segala kelemahan yang dikenal pasti dalam aksi persahabatan sebelum ini akan diperbaiki untuk memastikan skuad negara tampil lebih mantap.

piala mandiri malaysia vs filipina

Kejayaan dalam perlawanan Malaysia vs Filipina diharap menjadi permulaan kepada pencapaian lebih besar di kejohanan ini. Kejayaan meraih tiga mata pertama akan membuka peluang lebih luas untuk mara ke peringkat seterusnya

Siaran Langung Malaysia vs Filipina Dalam Siangan Piala Mandiri 2025

Kalau sebelumnya, kejohanan ini juga dikenali dengan Piala AFF B-23, kini ditukar nama atas sebab sponser dan menjadi Piala Mandiri ASEAN B-23. Akan tetapi formatnya masih mengfokuskan pasukan-pasukan muda bola sepak kebangsaan Asia Tenggara.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi pembukaan Malaysia vs Filipina pada 15 Julai 2025, hari Selasa, pukul 6.00 petang waktu Malaysia yang ditayangkan secara langsung di Astro Arena 801 dan live streaming di Sooka.

Keputusan Perlawanan

FT : Malaysia (0) – (2) Filipina

  • Otu Bisong 9’ 40’

Masa : 6.00 PM (MYT)
Venue : Stadium Gelora Bung Karno
Tayangan TV : Astro Arena 801
Live Streaming : Sooka

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now