Gegar Vaganza kini kembali menceriakan hari minggu anda! Tahun 2025 menandakan penganjuran musim ke-12 program hiburan nombor satu negara.
Seperti biasa, setiap kali GV muncul, pasti ada kelainan dan semangat baru yang dibawa. Untuk tahun ini, Gegar Vaganza 12 (GV12) mengetengahkan konsep unik bertemakan “GV-Verse”, yang meraikan keistimewaan dan identiti tersendiri setiap bintang.
Sebanyak 13 peserta mengambil bahagian kali ini, terdiri daripada penyanyi solo dan kumpulan. Persaingan semakin menarik dengan penyertaan pelbagai negara. Lapan peserta dari Malaysia, tiga dari Indonesia dan seorang dari Singapura.

Kehadiran peserta luar menambah warna dan variasi pada pentas GV12 seperti tahun sebelum-sebelumnya.
Barisan juri tetap juga kekal dengan nama-nama besar yang disegani dalam industri. Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS sekali lagi duduk di kerusi juri. Mereka dikenali dengan komen tajam, pengalaman luas dan pandangan profesional dalam menilai persembahan peserta.
Menghangatkan lagi suasana, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad bertindak sebagai pengacara utama. Gandingan dua hos popular ini menjanjikan suasana ceria dengan celoteh spontan dan humor bersahaja mereka.
GV12 bakal bersiaran selama 12 minggu. Setiap minggu, penonton pasti menantikan persembahan hebat dan kejutan daripada para peserta. Siaran langsung bermula 2 November 2025, setiap Ahad jam 9.00 malam di saluran Astro Ria 104.
Bagi yang ingin menonton secara digital, live streaming adalah menerusi Astro Go dan Sooka. Kini, tiada alasan untuk ketinggalan mengikuti persembahan mingguan Gegar Vaganza.
Senarai Peserta Gegar Vaganza 2025
Berikut merupakan sanarai 13 bintang yang berentap bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza 12 untuk tahun 2025.
1) Dato Elaine Kang

Lagu popular : Maafkan Diriku
2) Freshies

Lagu popular : Harmoni Sejiwa
3) Iskandar Ismail

Lagu popular : Menanti Mu Disana
4) Korie

Lagu popular : Munkinkah Sayang
5) Mark Adam

Lagu popular : Pencuri
6) Krisya

Lagu popular : Keluang Man
7) Mell Sakura

Lagu popular : Polaroid
8) Nubhan

Lagu popular : Sekali Lagi
9) Mendua

Lagu popular : Hampir ke Situ
10) Rahmat Ekamtra

Lagu popular : Segenggam Setia
11) Ruri Repvlik

Lagu popular : Sesakit Sakitnya
12) Shae

Lagu popular : Sayang
13) SHY8

Lagu popular : Terasing Di Bumi Sendiri
Siapakah bintang yang kembali menyengat dan bakal mengungguli takhta juara Gegar Vaganza 2025? Sama-sama kita nantikan!
Sumber : kongsilah.my









