Senarai Tempat Jual Barang Kitar Semula Di Putrajaya & Cyberjaya Beserta Harga

By aiman

Published On:

Follow Us
jual barang kitar semula di putrajaya cyberjaya

Jika anda memiliki barangan yang boleh kita semula, daripada anda buang lebih baik anda jual di tempat-tempat yang disediakan jika berada di di sekitar Putrajaya Dan Cyberjaya. Boleh juga buat duit kan.

Kita mungkin tak perasan sebenarnya banyak sahaja sampah yang berada di rumah kita sebenarnya boleh ditukarkan kepada wang ringgit melalui jualan barang kitar semula. Jadi daripada anda buang di tong sampah, apa kata anda kumpul dan pergi jual.

Ini kerana ada pusat kitar semula yang menerima sampah anda tersebut tetapi mestilah mengikut kemahuan mereka berlandaskan barangan yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh, keras, surat khabar, kotak, tin, besi, plastik, minyak masak terpakai pun boleh dijual dan dikitar semula.

Minyak masak yang ada di rumah anda, mungkin biasa buang di singki dan terus masuk ke longkang. Lama-lama sistem perparitan akan kotor dan busuk disebabkan minyak terpakai tersebut. Jadi lepas ni, mungkin lebih baik, anda kumpul banyak-banyak dalam botol dan jual di pusat kitar semula. Anda boleh dapat sehingga RM1.10/kg tau.

jual barang kitar semula

Jadi jika anda berada di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya, anda boleh pergi jual di pusat Buy Back Centre (BBC) yang dikendalikan oleh Alamflora. Jadi anda boleh tengok sini waktu operasi, lokasi dan harga setiap barangan yang mereka beli mengikut timbangan.

Waktu Operasi Bagi Setiap Lokasi

Setiap lokasi mempunyai waktu operasi yang berlainan. Boleh rujuk jadual seperti dibawah :

LokasiHariMasa
Persint 9Isnin – Ahad8.30 am – 5.30 pm
Persint 8Sabtu & Ahad8.30 am – 5.30 pm
Persint 16Sabtu8.30 am – 5.30 pm
Persint 14Ahad8.30 am – 5.30 pm
Persint 11 & 18Ahad8.30 am – 5.30 pm
Jalan Bunus 6Isnin, Rabu & Ahad11.00 am – 4.00 pm
CyberjayaIsnin, Rabu & Ahad9.30 am – 4.30 pm

Harga Bahan Kitar Semula

Antara bahan kitar semula yang diterima seperti surat khabar, kotak, majalah, tin, besi, tin aluminium, plastik, minyak masak terpakai, bateri dan beberapa lagi. Untuk harga bagi setiap jenis bahan rujuk dibawah:

harga barang kitar semula putrajaya

Untuk maklumat lanjut dan terperinci, anda boleh pergi ke portal rasmi Alamflora di https://alamflora.com.my/

sumber : twt_cyberjaya

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now