Ramai pengguna iPhone tak tahu mereka boleh mohon refund jika tersilap langgan aplikasi. Kadang-kadang kita terbeli tanpa sengaja sebab lupa matikan auto subscription.
Situasi ini memang biasa berlaku terutama bila pengguna sudah sambungkan kad debit atau kad kredit bersama Apple ID. Nasib baik Apple sediakan cara rasmi untuk refund atau minta bayaran balik dengan mudah.
BACA JUGA : Senarai Lokasi AASP Apple Service Seluruh Malaysia
Pengguna boleh mohon terus melalui laman khas Apple atau dalam akaun App Store. Prosesnya ringkas dan cepat, tak perlukan banyak dokumen ketika proses permohonan.
Pihak Apple akan semak permohonan refund anda dalam dalam tempoh 24-48 jam selepas mohon. Jika diluluskan, wang akan dipulangkan ke akaun asal pembelian.
Ramai pengguna berjaya dapat semula duit walaupun dah guna aplikasi sekejap. Yang penting, kena mohon refund secepat mungkin selepas caj dikenakan. Elak tunggu lama sebab permohonan mungkin ditolak.
Refund ini boleh dibuat untuk aplikasi berbayar, langganan, dan pembelian dalam aplikasi di App Store sama ada di iPhone, iPad dan sebagainya. Jadi, kalau anda terbeli atau tersalah langgan, jangan risau. Masih ada peluang untuk dapatkan semula duit anda.
Cara Refund Duit Jika Terbeli Apps Di iPhone
Ikuti langkah mudah dibawah untuk mohon refund yang boleh dibuat secara online sahaja sama ada menggunakan iPhone atau laptop.
Dalam situasi ini adalah terlanggan akaun ChatGPT Go. Sebenarnya tidak berminat pun, jadi nak minta refund RM38.99.
1. Pergi ke laman web Report a Problem Apple di https://reportaproblem.apple.com/
2. Kemudian Sign In akaun Apple anda menggunakan Apple ID seperti biasa

3. Pada halaman utama dibahagian ‘What can we help you with?’ > pilih ‘Request a refund‘

4. Di bahagian ‘tell us more’, bagi tahu apa sebab anda nak refund. Sebagai contoh boleh pilih ‘I did not mean to sign up for a subscription (s)‘ dan klik Next

5. Kemudian pilih mana-mana aplikasi yang berkaitan. Dalam situasi ini adalah untuk ChatGPT Go. Tandaka pada apps tersebut dan klik Submit

6. Selesai
Tempoh Jawapan Akan Diberikan
Sejurus selepas selesai buat permohonan refund. Keputusan sama ada lulus atau tidak refund anda tersebut hanya akan diberikan dalam tempoh 24-48 jam. Bukan boleh tahu jawapan terus.
Cara Semak Status Refund
Untuk buat semakan sama ada permohonan refund anda tersebut berjaya atau gagal, anda boleh semak di portal yang sama https://reportaproblem.apple.com/.
Pada halaman utama, klik pada link ‘Check status of claims’. Disinilah anda diumumkan jawapan refund anda tersebut.
Bila Duit Refund Akan Masuk Ke Akaun Semula
Sekiranya permohonan refund anda berjaya, duit tersebut akan masuk ke akaun bank anda dalam masa 24 jam. Dengan nilai yang sama seperti anda bayar pada awalnya. Tiada sebaarang penalit atau caj tambahan dikenakan.

Jadi untuk pengguna Apple, tak kisah lah iPhone, iPad, MacBook, sekiranya pernah berlaku situasi seperti ini dan mahukan refund, boleh ikuti panduan ini.









