Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan kadar agihan keuntungan bagi tahun kewangan yang berakhir pada Disember 2025 sebanyak 3.50 peratus.
Kadar pulangan untuk tahun 2025 ini mencatatkan peningkatan berbanding 3.25 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Selain itu, angka ini juga menjadi yang tertinggi dicapai oleh Tabung Haji sejak tahun 2018.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, jumlah keseluruhan agihan keuntungan yang diagihkan adalah sebanyak RM3.22 bilion, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit Tabung Haji.
Beliau turut memaklumkan bahawa penetapan kadar agihan tersebut dibuat selepas mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.577 peratus, yang melibatkan jumlah RM95.3 juta.
Dari segi prestasi kewangan pula, TH merekodkan pendapatan pelaburan sebanyak RM4.64 bilion sepanjang tahun 2025. Angka ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding RM4.56 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
Dividen Tabung Haji Akan Mula Dikreditkan Pada Esok
Agihan keuntungan atau dividen akan mula dimasukkan ke dalam akaun pendeposit dan boleh mula disemak bermula hari Khamis, 19 Mac 2026, seawal jam 10.00 pagi.
BACA JUGA : Cara Semak Dividen TH Secara Online
Para pendeposit mempunyai beberapa pilihan untuk membuat semakan, termasuk melalui aplikasi THiJARI, berkunjung ke kaunter Tabung Haji, atau mendapatkan maklumat lanjut di bank-bank yang berkaitan.
Sumber : facebook TH









