Siaran Langsung JDT vs Buriram United ACLE 2026/27

By aiman

Published On:

Follow Us
jdt vs buriram united

Musim ACLE 2026/27 bakal membuka tirai dan salah satu perlawanan tumpuan untuk zon Timur adalah pertemuan JDT vs Buriram United.

Untuk musim kali ini, sekali lagi Johor Darul Ta’zim FC yang menjadi satu-satunya pasukan tunggal dari Malaysia yang akan bersaing dalam AFC Champions League Elite.

JDT akan membuat perhitungan kali kelima bertemu juara Liga Thai 1, Buriram United yang dijangka akan berlaku lagi saingan sengit dimana masing-masing ingin mendapatkan 3 mata penuh dalam perlawanan pembukaan ini.

Dalam 4 perlawanan sebelumnya, Buriram United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah apabila meraih 2 kemenangan dan 2 seri. Buriram United pernah menang dihalaman sendiri dan ditempat lawan.

Dengan membariskan barisan pemain yang lebih handal kali ini, adakah JDT akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama menentang Buriram United pada perlawanan akan datang ini?

Siaran Langsung JDT vs Buriram United (Live Streaming)

Khusus untuk peminat Harimau Selatan, jangan lupa untuk berikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda. Datang ke stadium bagi memberikan sorakan padu untuk menaikkan semangat barisan pemain.

Selain itu, jika tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, pertemuan JDT vs Buriram United turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv pada 15 September 2026, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Ismail, tepat jam 8.15 malam

Anda boleh saksikan perlawanan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Astro Go, Sooka dan Astro X3.

Keputusan Perlawanan

JDT vs Buriram United

Masa : 8.15 Malam
Tarikh : 15 September 2026 (Selasa)
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Astro Arena Bola 803
Live Streaming : SINI | SINI

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now