Cara Beli Tiket Menyaksikan Malaysia Di Kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026 Di Indonesia

By aiman

Published On:

Follow Us
cara beli tiket perlawanan fifa asean cup 2026

Siapa tak sabar untuk saksikan aksi pasukan negara beraksi di kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026, anda boleh ikuti panduan disini cara beli tiket bagi setiap perlawanan yang berlangsung.

Untuk kejohanan sulung kali ini pertama ini, bagi Divisyen 1 yang melibatkan 8 pasukan dalam 2 kumpulan ianya akan dilangsungkan secara berpusat dan Indonesia telah dipilih menjadi tuan rumah iaitu melibatkan Jakarta dan Bandung.

Penyokong Harimau Malaya khususnya yang berada ditanah air pastinya berasa ingin memberikan sokongan kepada barisan pemain. Jadi cara terbaik adalah untuk datang ke stadium dan menonton secara live.

Disebabkan itulah, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan platform untuk penyokong tegar pasukan negara dapatkan tiket masuk ke stadium di Indonesia.

Jadi untuk anda yang berhajat untuk datang ke stadium bagi menyaksikan aksi pasukan Harimau Malaya, anda boleh ikuti langkah dibawah cara beli tiket bagi untuk kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026.

Cara Beli Tiket Menonton Malaysia Beraksi Di FIFA ASEAN Cup 2026

Dalam kejohanan ini, Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan A akan mengharungi 3 perlawanan di peringkat kumpulan dengan menentang Bangladesh, Indonesia dan Singapura.

FAM telah menetapkan setiap pembelian adalah terhad untuk 1 perlawanan sahaja. Jika anda berhasrat untuk datang ke 2 atau 3 perlawanan, anda perlu membuat pembayaran secara berasingan.

Berikut merupakan cara beli tiket masuk dan senarai harga bagi setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia :

1) Bangladesh vs Malaysia

Harga tiket adalah RM103.75 untuk Cat 1 dan RMRM41.50 untuk Cat 3. Perlawanan ini berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Jika anda berminat untuk dapatkan tiket bagi perlawanan ini, anda boleh imbas kod QR seperti dalam gambar dibawah.

cara beli tiket perlawanan bangladesh vs malaysia

2) Malaysia vs Indonesia

Untuk perlawanan menentang pasukan tuan rumah, harga tiket adalah RM128.65 untuk Cat 1 dan RM58.10 untuk Cat 2. Juga berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno. Anda boleh imbas kod QR seperti dalam gambar dibawah.

malaysia vs indonesia

3) Malaysia vs Singapura

Untuk perlawanan ketiga, ianya berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung yang mana harga tiket untuk penyokong Malaysia adalah RM78.85 sahaja. Imbas kod QR dalam gambar sekiranya anda ingin menonton perlawanan ini di stadium.

malaysia vs singapura

Oleh itu, bagi anda yang ingin beli tiket, diminta untuk mengisi borang menerusi kod QR tersebut dengan maklumat yang tepat dan lengkap. Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat.

Tiket perlawanan akan diberikan melalui emel dalam masa 24 jam selepas waktu tutup pembelian. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera tiket perlawanan bagi menyaksikan aksi Harimau Malaya dalam kejohanan FIFA ASEAN Cup 2026.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now