Misi melahirkan insan dan ikon dakwah Malaysia menerusi program Mualim Muda diteruskan lagi dan kini sudah memasuki musim ke-2. Bakal membuka tirai secara rasmi untuk musim baru ini pada 31 Oktober 2026.
Jika pada musim pertama program Mualim Muda terbitan Astro Oasis ini, umum telah ketahui Imam Muda Anas telah dinobatkan secara juara. Jadi untuk musim kali ini, peserta manakah yang bakal mengikut jejak langkah beliau nanti?
Mualim Muda Musim 2 Tahun 2026
Seperti tahun sudah, kali ini juga terdapat 10 peserta yang telah berjaya melayakkan diri ke pentas Mualim Muda selepas mengharungi sesi ujibakat yang telah dilakukan di beberapa kawasan sebelum ini.
Setiap minggu peserta akan bersaing di satu pentas yang sama dengan tujuan yang sama iaitu menyampaikan mesej dakwah dan mendidik masyarakat. Bukan itu sahaja, juara untuk program kali ini akan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan seterusnya menjadi Duta Astro Oasis
Peserta Mualim Muda Musim 2 akan diadili oleh 3 juri profesional yang hebat dan berpengalaman. Sama seperti musim lalu, Dato’ Ustaz Kazim Elias bersama Dr. Kamilin Jamilin kekal sebagai juri tetap dan menampilkan wajah baru untuk juri ketiga iaitu Ustazah Asni Masnor.

Kesemua para peserta akan dibimbing oleh Ustaz Shahrizan Daud yang bertindak sebagai Mursyid atau pengetua dan seterusnya menerapkan motivasi diri kepada mereka semua.
Setiap minggu, di pentas utama, seorang ustaz dan penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC berganding bersama Atu Zero sebagai hos dan pengacara. Ini sekali gus bagi melancarkan perjalan sepanjang program berlangsung.
Siaran Langsung Mualim Muda Musim 2
Jadi jangan terlepas untuk saksikan program Mualim Muda untuk musim ke-2 yang akan bermula pada 31 Oktober ini, bersiaran setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di Astro Oasis (CH106) serentak di Astro Prima (105).
Selain itu, anda juga boleh strim secara online menerusi Astro Go, Astro X3 dan Sooka.
Senarai Peserta Mualim Muda 2026
Berikut merupakan barisan 10 peserta Mualim Muda 2026 beserta biodata ringkas:
1) MM Yusuf

- Nama : Ahmad Yusuf Bin Zainal Abidin
- Asal : Terengganu
- Umur : 35 Tahun
- Kerjaya : Perunding Unit Amanah
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Da’wah & Pengurusan Islam (USIM)
- Tagline : Dengan Ilmu, Cinta Bertemu
2) MM Yazid

- Nama : Abdul Yazid Bin Muhammad Iqbal
- Asal : Sabah
- Umur : 22 Tahun
- Kerjaya : Siswa
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Qiraat Pendidikan (UIS)
- Tagline : Kita Muda, Jangan Leka
3) MM Syafiq

- Nama : Muhammad Syafiq Bin Muhammad Nasrun
- Asal : Kedah
- Umur : 31 Tahun
- Kerjaya : Pembimbing Pemulihan Akhlak
- Pendidikan : Lulusan Ribath Fath Wal Imdad, Hauthoh, Hadhramaut (Yaman)
- Tagline : Demi Senyuman, Baginda Nabi
4) MM Raja

- Nama : Raja Muhammad Al-Mahi Bin Raja Badrul Hisham
- Asal : Perak
- Umur : 31 Tahun
- Kerjaya : Usahawan & Pempengaruh
- Pendidikan : Sijil Pengajian Talaqqi, Tahfiz & Kitab
- Tagline : Sabaq, Allah Sedang Perbaiki
5) MM Qamarul

- Nama : Qamarul Ikmal Bin Sahruddin
- Asal : Melaka
- Umur : 26 Tahun
- Kerjaya : Guru Bahasa Arab
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Akidah & Falsafah) Universiti Al-Azhar
- Tagline : Kekal Tenang, Janji Luncur
6) MM Mustaqim

- Nama : Muhammad Mustaqim Bin Mohamad Nor
- Asal : Negeri Sembilan
- Umur : 26 Tahun
- Kerjaya : Guru Agama, Jabatan Penjara
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Thakassus Qiraat (Universiti Al-Azhar)
- Tagline : Kojo Dakwah, Kojo Kito
7) MM Khaiqal

- Nama : Muhammad Khaiqal Haziq Bin Khalid
- Asal : Johor
- Umur : 28 Tahun
- Kerjaya : Guru KAFA
- Pendidikan : Sarjana Muda Pengajian Islam & Ilmu Wahyu (Kepujian) UIAM
- Tagline : Biar Kata, Menggetarkan Jiwa
8) MM Aizuddin

- Nama : Aizuddin Bin Abdul Hamid
- Asal : Pulau Pinang
- Umur : 35 Tahun
- Kerjaya : Pensyarah dan Penulis
- Pendidikan : Sarjana Pengajian Islam (OUM)
- Tagline : Ada Ilmu, Dakwah Sempoi
9) MM Aidil

- Nama : Muhammad Aidil Bin Sabri
- Asal : Selangor
- Umur : 25 Tahun
- Kerjaya : Penceramah Motivasi
- Pendidikan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
- Tagline : Nasihat Dari Hati
10) MM Adam Tan

- Nama : Adam Tan Jian
- Asal : Johor
- Umur : 30 Tahun
- Kerjaya : Pendakwah NGO
- Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Psikologi (UPSI)
- Tagline : Dari Hidayah Ke Dakwah
- Fakta Menarik : Seorang Mualaf dan telah memeluk Islam selama 6 tahun
Sumber : kongsilah.my









