Berita baik untuk semua rakyat Malaysia dimana kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% selama 2 hari iaitu sempena Deepavali untuk tahun 2026 menerusi Bantuan Tol Kerajaan MADANI.
Diskaun tol separuh harga dariapda harga asal ini akan bermula pada 12.00 tengah malam, 6 November 2026 (Jumaat) hingga 11.59 malam pada 7 November 2026 (Sabtu).

Namun begitu, diskaun sempena perayaan Deepavali ini adalah hanya untuk semua kenderaan persendirian kelas 1 sahaja iaitu melibatkan semua lebuh raya di Malaysia kecuali di Plaza Tol Bangunan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, serta Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Juga terpakai untuk kenderaan persendirian Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.
Diskaun Tol Dapat Menjimatkan Kos Perjalanan Pulang
Dengan diskaun tol yang diberikan oleh Kerajaan ini pastinya akan dapat mengurangkan kos perjalanan khususnya bagi mereka yang akan melakukan perjalanan jauh terutamanya ingin pulang ke kampung halaman.
Tahun 2026, hari Deepavali jatuh pada hari Ahad, 8 November. Dalam masa yang sama pihak KPM juga telah mengumumkan cuti tambahan 1 hari bagi semua sekolah di Malaysia. Ianya menjadikan sedikit cuti panjang pada perayaan kali ini.
Dengan keadaan ini, pastinya ramai yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga dan sekali gus akan menggunakan lebuh raya. Jadi dengan adanya diskaun tol ini, ianya pasti dapat menjimatkan kos perjalanan.
Sumber : Kementerian Kerja Raya Malaysia









