Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 35 Tahun 2026

By aiman

Updated On:

Follow Us
senarai pemenang festival filem malaysia ke-35 tahun 2026

Festival Filem Malaysia ke-35 untuk tahun 2026 telah melabuhkan tirai dan malam kemuncak anugerah tersebut telah diumumkan senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

FFM35 telah berlangsung dengan jayanya dari Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 November 2026, iaitu pada hari Sabtu yang disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi RTM TV2.

Untuk tahun 2026, sebanyak 61 filem dan cereka yang layak dan mengambil bahagian untuk merebut 25 kategori anugerah yang dipertandingkan. Kemudian pemenang akan diumumkan daripada Top 5 pada malam kemuncak.

BACA JUGA : Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-34 Tahun 2025

Daripada senarai filem tersebut, Khadam dan Malam Terlarang telah tersenarai dan tercalon dalam 12 kategori. Diikuti oleh Tarung: Unforgiven untuk 10 kategori dan Mother Bhumi serta Abah Saya, Uncle Mike dengan 8 kategori

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-35

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia ke-35 untuk tahun 2026 termasuk Anugerah Khas:

1. Filem Terbaik – Khadam

2. Pengarah Terbaik – Shamyl Othman (Khadam)

3. Pengarah Harapan – Ezrie Gazali (Abah Saya, Uncle Mike)

4. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Badak)

5. Pelakon Wanita Terbaik – Aida Amron (Badak)

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Kuben Mahadevan (Macai)

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Zarra Zhaff (Khadam)

8. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)

9. Pelakon Lelaki Harapan – Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)

10. Pelakon Wanita Harapan – Aila Azizul (Malam Terlarang)

11. Lakon Layar Terbaik – Fariza Azlina Isahak (Khadam)

12. Cerita Asal Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal & Sivanantham Perianan (Macai)

13. Sinematografi Terbaik – Haris Hue (Khadam)

14. Penyunting Terbaik – Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)

15. Skor Muzik Asal Terbaik – Rendra Zawawi (Khadam)

16. Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow (Mother Bhumi)

17. Penataan Bunyi Terbaik – Soon Yuen Yiet (Khadam)

18. Lagu Tema Terbaik – “Tak Berlagu” (Khadam)

19. Rekaan Busana / Kostum Terbaik – Aida Fitri Buyong (Gayong 2)

20. Kesan Khas Visual Terbaik – Ameen Mustajab (Malam Terlarang)

21. Tatarias / Solekan Terbaik – Jessie Yeow (Khadam)

22. Poster Terbaik – Skyzen Studios (Blues)

23. Dokumentari Terbaik – Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin

24. Filem Pendek Terbaik – Salted Fish

25. Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik – Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)

Anugerah Khas

  • Anugerah Khas Filem Box Office – Papa Zola The Movie (Monsta Studios)
  • Anugerah Khas Juri 1 – Aghniny Haque (Khadam)
  • Anugerah Khas Juri 2 – Badak
  • Anugerah Khas Karyawan – Panchacharam P. Nalliah (Pansha)
  • Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1 – Seniman Ahmad Yatim
  • Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2 – Seniwati Primadona Fauziah Ahmad Daud

Sumber : aimanstory.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now