Biodata Syamsul Yusof : Pengarah Filem Terbaik

By aiman

Published on:

biodata syamsul yusof

Ramai yang mencari biodata Syamsul Yusof dan ingin mengenali beliau dengan lebih rapat. Beliau yang terkenal sebagai pengarah filem terbaik dan serba boleh dengan menghasilkan pelbagai karya box office.

Syamsul Yusuf dilahirkan pada 21 Mei 1984 di Kuala Lumpur, beliau adalah anak kepada pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam.

Mewarisi bakat seni dari keluarga, Syamsul bukan sahaja berjaya sebagai pengarah filem, malah beliau turut melakar nama sebagai pelakon, penerbit, penulis skrip, dan penyanyi. Karier Syamsul mencerminkan dedikasinya dalam memajukan industri perfileman tempatan.

Biodata Syamsul Yusof

  • Nama Penuh: Mohd Syamsul bin Mohd Yusof
  • Tarikh Lahir: 21 Mei 1984
  • Tempat Lahir: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Pendidikan: Bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
  • Kerjaya: Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, penyanyi
  • Ibu Bapa: Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail
  • Adik-beradik: Faizal Yusof, Syafiq Yusof, dan Nur Syamin

Kerjaya dan Pencapaian

Syamsul memulakan langkah pertamanya dalam dunia perfileman pada usia 14 tahun dengan membintangi filem Maria Mariana II, yang diarahkan oleh bapanya. Walaupun dilahirkan dalam keluarga seni, perjalanan kerjayanya bukanlah mudah.

Advertisements

Pada tahun 2007, beliau mula mengarah filem pertama, Evolusi KL Drift, yang menjadi titik tolak kepada kejayaan kariernya. Itulah merupakan permulaan biodata Syamsul Yusof

Filem ini mendapat sambutan hangat, dan sejak itu, beliau terus aktif dalam menghasilkan filem-filem seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, KL Gangster, dan filem seram Munafik yang menjadi fenomena di kalangan penonton sehinggalah filem Mat Kilau.

Syamsul juga tidak asing dengan dunia muzik. Selain berlakon dan mengarah, beliau telah merakamkan beberapa lagu termasuk duet bersama Mawi dalam lagu popular Kalah Dalam Menang yang menjadi tema untuk filem Munafik.

Syamsul terkenal dengan kepelbagaiannya, dari mengarah filem aksi hingga filem seram, menunjukkan keupayaannya dalam menguasai pelbagai genre.

Pencapaian Syamsul dalam bidang pengarahan telah diiktiraf di peringkat tempatan dan antarabangsa. Beliau pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia dan Festival Filem Asia Pasifik. Filemnya Mat Kilau juga mencipta sejarah dengan kutipan box-office yang tinggi di Malaysia.

Senarai filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusuf bermula tahun 2008 sehingga sekarang

Advertisements
TahunTajuk Filem
2008Evolusi KL Drift
2009Bohdsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
2010Evolusi KL Drift 2
2011Khurafat: Perjanjian Syaitan
2011KL Gangster
2011Aku Bukan Tomboy
2012Jalan Kembali: Bohsia 2
2013KL Gangster 2
2016Munafik
2018Munafik 2
2022Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
2024The Original Gangster
2025Khawarij

Kehidupan Peribadi dan Kontroversi

Selain kejayaan dalam kerjayanya, kehidupan peribadi Syamsul turut menjadi perhatian media. Pada tahun 2014, beliau berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana dan dikurniakan dua orang anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Bagaimanapun, perkahwinannya menjadi tumpuan kontroversi apabila beliau berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar pada Januari 2023 di Thailand, yang menyebabkan Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai.

Walaupun begitu, pada September 2024, Syamsul disahkan telah bercerai dengan Ira Kazar.

Begitulah sedikit sebanyak tentang beliau dan biodata Syamsul Yusof.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Biodata Syamsul Yusof : Pengarah Filem Terbaik”

Leave a Comment