Kebiasaanya sebelum temasya kejohanan sukan dibuka secara rasmi, sukan bola sepak terlebih dahulu akan dilangsungkan. Kami kongsikan penuh jadual bola sepak SUKMA Sarawak 2024.
Sukan Malaysia atau SUKMA kini memasuki edisi ke-21 yang mana akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos 2024 dan Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah. Oleh itu, temasya ini digelar SUKMA Sarawak 2024.
Nampaknya selepas habis sahaja Sukan Olimpik, kita semua bakal disajikan pula dengan temasya sukan dalam negara. Ini sekali gus melayakkan Malaysia untuk memenangi emas atau gold medal.
Sukan Bola Sepak SUKMA 2024 Sarawak
Untuk edisi 2024, sebanyak 37 jenis sukan dipertandingkan dan salah satunya adalah sukan Bola Sepak. Daripada sukan ini, terdapat 2 pingat emas dipertandingkan iaitu menerusi acara lelaki dan acara wanita.
Jadual bola sepak SUKMA Sarawak akan bermula dari 12 hingga 24 Ogos 2024 dengan melibatkan 13 negeri dan wilayah. Tiada penglibatan Brunei Darussalam untuk sukan bola sepak.
Untuk format pertandingan, ianya dimainkan bermula di peringkat kumpulan secara round-robin satu pusingan. Juara dan naib juara akan mara ke peringkat kalah mati, bermula di pusingan suku akhir.
Undian Kumpulan Sukan Bola Sepak SUKMA Sarawak
Kesemua 13 pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada empat pasukan dimana terdiri daripada 3 pasukan pada setiapnya kecuali akan ada satu kumpulan yang mempunyai 4 pasukan.
Berikut merupakan undian peringkat kumpulan bagi sukan bola sepak untuk acara lelaki dan wanita.
[Bola Sepak Lelaki]
- Kumpulan A – Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan
- Kumpulan B – Johor, Sabah, Terengganu
- Kumpulan C – Melaka, Penang, Kedah
- Kumpulan D – Wilayah Persekutuan, Perak, Sarawak, Pahang
[Bola Sepak Wanita]
- Kumpulan A – Pahang, Sabah, Sarawak
- Kumpulan B – Selangor, Wilayah Persekutuan, Penang
*Acara wanita, 2 pasukan teratas, layak terus ke pusingan separuh akhir
Siaran Langsung Sukan Bola Sepak SUKMA Sarawak 2024
Untuk temasya kali ini, RTM dan TVS menjadi penyiar rasmi untuk semua acara sukan termasuklah bola sepak. Jadi anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran-saluran terpilih tersebut.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming untuk sukan-sukan terpilih menerusi laman youtube rasmi SUKMA Sarawak 2024 iaitu di https://www.youtube.com/@StadiumSUKMATVS1
Jadual Bola Sepak SUKMA Sarawak 2024
Berikut merupakan jadual bola sepak SUKMA Sarawak 2024 untuk kesemua perlawanan termasuk acara lelaki dan wanita. Keputusan pula akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
PERINGKAT KUMPULAN
ACARA LELAKI |
12 Ogos 2024 (Isnin)
- FT : Wilayaha Persekutuan (1) – (0) Pahang – 4.00 pm
- FT : Perak (1) – (0) Sarawak – 4.00 pm
- FT : Selangor (2) – (0) Negeri Sembilan – 4.00 pm
- FT : Terengganu (0) – (1) Johor – 4.00 pm
- FT : Pulau Pinang (0) – (0) – Melaka – 4.00 pm
14 Ogos 2024 (Rabu)
- FT : Wilayah Persekutuan (1) – (1) Sarawak – 4.00 pm
- FT : Pahang (0) – (1) Perak – 4.00 pm
- FT : Negeri Sembilan (2) – (1) Kelantan – 4.00 pm
- FT : Melaka (1) – (1) Kedah – 4.00 pm
- FT : Johor (1) – (2) Sabah – 4.15 pm
16 Ogos 2024 (Jumaat)
- FT : Perak (0) – (0) Wilayah Persekutuan – 4.00 pm
- FT : Sarawak (3) – (2) Pahang – 4.00 pm
- FT : Kelantan (2) – (0) Selangor – 4.00 pm
- FT : Sabah (0) – (2) Terengganu – 4.00 pm
- FT : Kedah (0) – (1) Pulau Pinang – 4.00 pm
ACARA WANITA |
14 Ogos 2024 (Rabu)
- FT : Pahang (1) – (1) Sabah – 4.15 pm
- FT : Selangor (6) – (0) Wilayah Persekutuan – 4.15 pm
16 Ogos 2024 (Jumaat)
- FT : Sarawak (0) – (3) Pahang – 4.15 pm
- FT : Wilayah Persekutuan (2) – (0) Pulau Pinang – 4.15 pm
18 Ogos 2024 (Ahad)
- FT : Sabah (3) – (0) Sarawak – 4.15 pm
- FT : Pulau Pinang (0) – (2) Selangor – 4.15 pm
SUKU AKHIR
ACARA LELAKI |
19 Ogos 2024 (Isnin)
- FT : Terengganu (3) – (1) Selangor – 3.30 pm
- FT : Kelantan (3) – (1) Johor – 3.30 pm
20 Ogos 2024 (Selasa)
- FT : Pulau Pinang (0) – (2) Wilayah Persekutuan – 3.30 pm
- FT : Perak (1) – (2) Melaka – 3.30 pm
SEPARUH AKHIR
ACARA LELAKI |
22 Ogos 2024 (Khamis)
- AET : Terengganu (1) – (1) Melaka (Pen: 3-4) – 3.30 pm
- FT : Kelantan (0) – (0) Wilayah Persekutuan (Pen: 2-4) – 3.30 pm
ACARA WANITA |
20 Ogos 2024 (Selasa)
- FT : Sabah (6) – (0) Wilayah Persekutuan – 4.15 pm
- FT : Selangor (3) – (0) Pahang – 8.15 pm
PENENTUAN PINGAT GANGSA
ACARA LELAKI |
24 Ogos 2024 (Sabtu)
- AET : Kelantan (1) – (1) Terengganu (Pen: 8-7) – 8.30 am
ACARA WANITA |
21 Ogos 2024 (Rabu)
- FT : Wilayah Persekutuan (1) – (3) Pahang – 8.15 pm
FINAL (PINGAT EMAS)
ACARA LELAKI |
24 Ogos 2024 (Sabtu)
- FT : Wilayah Persekutuan (2) – (1) Melaka – 3.00 pm
ACARA WANITA |
23 Ogos 2024 (Jumaat)
- FT : Sabah (1) – (3) Selangor – 4.15 pm
PEMENANG PINGAT
ACARA LELAKI |
- Emas – Wilayah Persekutuan
- Perak – Melaka
- Gangsa – Kelantan
ACARA WANITA |
- Emas – Selangor
- Perak – Sabah
- Gangsa – Pahang