Sebelum anda beli iPhone, adalah lebih baik anda check dahulu beberapa perkara. Jadi disini kami akan tnjukkan cara check iPhone original atau fake (palsu).
iPhone antara peranti smartphone yang popular di Malaysia, lagi-lagi untuk golongan remaja dan dewasa. Manakan tidak, siapa ada iPhone, orang dah anggap kaya kan.
Namun begitu, bukan semua iPhone yang dijual di pasaran adalah original terutamanya jika anda dapatkan iPhone secondhand atau yang terpakai. Jadi kena lebih berhati-hati.
Oleh itu, jika anda berhajat ingin membeli sebuah iPhone, boleh baca sini dahulu tentang cara check iPhone original atau fake yang ada dijual di pasaran.
Cara Check iPhone Original Atau Fake
Jadi untuk anda yang tertanya-tanya macam mana nak tahu iphone original atau fake atau clone, boleh tengok dan semak cara dibawah:
Cara ini anda boleh buat hanya selepas anda beli dan iPhone tersebut telah menjadi milik anda.
- Buka iPhone anda dan kemudian pergi Setting > General > About > Serial Number
- Ambil ‘serial number’ tersebut dan kemudian masukkan di ruangan disediakan di laman web https://checkcoverage.apple.com/
- Untuk tahu iphone original atau tidak, jika terpapar segala maklumat tentang iPhone anda tersebut, iPhone tersebut adalah original; seperti gambar dibawah.

Paling penting, anda perlu dapatkan ‘serial number’ iPhone tersebut dan barulah anda boleh cek sama ada iPhone original check atau fake.
Mungkin iPhone anda tidak boleh on ketika itu, jadi anda boleh cari serial number itu dengan beberapa cara iaitu:
- Tekan lama-lama butang kuasa sehingga terpapar log Apple. Pada paparan ‘hello’ tersebut, klik butang (i) pada penjuru kanan bawah
- Serial number juga terletak pada sim tray
- Untuk iPhone lama, ada ditulis pada belakang body iPhone tersebut
- Sambungkan iPhone bersama iTunes. Akan dipaparkan serial number disana
- Pada kota iPhone tersebut juga sebenarnya terdaapt serial number termasuk nombor IMEI/MEID
Lepas tu, boleh ikuti langkah diatas cara nak cek iPhone ori atau tidak. Kalau anda terbeli iPhone fake, bawah maklumat tersebut dan minta pulangan wang atau ganti rugi daripada penjual.
Selain itu, tips ini juga anda boleh gunakan untuk peranti Apple lain selain iPhone iaitu seperti iPad, Apple TV, Apple Watch dan Macbook.
Diharapkan perkongsian cara check iPhone original atau fake ini bermanfaat untuk anda terutamanya bagi yang baru ingin menggunakan iPhone.
Beli iPhone Secondhand Dengan Betul
Untuk info, bagi yang sedang mencari iPhone original secondhand yang trusted dan dipercayai di Malaysia, anda boleh dapatkan di compasia menerusi shop.compasia.com.

Disini dijual pelbagai model iPhone secondhand dengan kondisi yang terbaik. Ada iPhone 11, iPhone 12, iPhone 12 Pro Max, iPhone X dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kat sini pun ada jual Galaxy S22, Galaxt Z Flip, Galaxy X Fold, termasuk juga jenama Google Pixel, Oppo, Huawei, Xiaomi dan banyak lagi.
Dengan pembelian di shop.compasia.com, anda boleh jimat sehingga 50% untuk set secondhand. Selain itu, ada penghantaran ke seluruh Malaysia. Warranty juga ada sehingga 12-bulan.