Kalau anda bercadang untuk pusing Kuala Lumpur seharian, anda lebih baik dapatkan MyCity Pass yang mana anda boleh naik semua Rapid KL sama ada LRT atau bas secara tanpa had dengan harga RM6 sahaja.
Di Kuala Lumpur terdapat banyak lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi dan anda boleh lawati tempat-tempat tersebut dengan mudah kerana adanya akses pengangkutan awam terutamanya LRT dan bas.
Dengan adanya pengangkutan awam seperti LRT ini, anda tidak perlu memandu kereta dan bersesak-sesak dalam kesesakan bandaraya yang sepertinya tidak akan selesai. Tapi anda masih boleh elak perkara tersebut dengan menggunakan pengangkutan awam.
Jadi anda bebas untuk pergi kemana-mana pusat pelancongan di tengah kota raya tanpa ‘stress’ dijalan raya dan boleh juga sampai ke destinasi dengan waktu yang anda sendiri tetapkan. LRT kan ada waktu-waktu dia, jadi boleh lah atur perjalanan kan.
Tetapi kalau kita jalan seharian menaiki LRT tersebut, pastinya banyak kos yang perlu ditanggung dimana anda perlu naik turun beberapa stesen. Itu kalau anda sempat untuk habiskan sesi jalan-jalan dalam sehari. Kalau anda jalan berhari-hari, tambah lagi kos pengangkutan kan.
Jika disebabkan itu antara perkara yang mungkin menghalang anda untuk nikmat perjalanan di ibu kota, anda perlu fikir sekali lagi kerana kini anda tidak perlu risau lagi apabila diperkenalkan MyCity Pass dimana anda hanya perlu bayar RM6 sahaja menggunakan kad Touch n’ Go untuk naik LRT tanpa had selama sehari.
Ya Enam Ringgit Sehari (dulu Lima Ringgit) dan anda boleh naik turun mana-mana stesen LRT dibawah Rapid KL tanpa perlu bayar lebih. Khusus untuk semua rakyat Malaysia sahaja.
Apakah MyCity Pass
MyCity Pass ialah pas perjalanan dimana menawarkan menaiki tanpa had menggunakan rel Rapid KL iaitu LRT, MRT, Monorel dan rangkaian BRT selama 1 hari,2 hari atau 3 hari.
Anda boleh beli pas perjalanan tersebut pada bila-bila masa sepanjang bulan dan boleh gunakan sepanjang hari sama ada 1 hari, 2 hari atau 3 hari.
Jenis MyCity Pass & Harga
1. Pas 1 Hari MyCity Pass
Untuk Pas 1 Hari, anda hanya perlu bayar RM6 ke dalam kad Touch n’ Go dan jika tiada kad TnG, anda boleh beli dengan harga RM16 termasuk pas-1-hari tersebut di Pejabat Rapid KL.
BACA JUGA : Dapatkan Kad Touch N’ Go Dengan Design Unik Disini
2. Pas 2 Hari MyCity Pass
Untuk Pas 2 Hari, harga yang ditawarkan ialah RM11 sekiranya anda sudah mempunyai kad TnG. Jika tidak, anda boleh dapatkan kad tersebut bersama pas 2-hari dengan harga RM10+RM11 = RM21
3. Pas 3 Hari MyCity Pass
Manakala untuk Pas 3 Hari, anda hanya perlu bayar RM15 jika anda sudah mempunyai kad TnG. Jika anda ingin beli baru termasuk pas-3-hari, anda perlu bayar RM25.
4. Pas Untuk Bukan Warganegara
Untuk bukan warganegara,, anda juga boleh dapatkan MyCity 1-Day, 2-day dan 3-day Pass iaitu dengan harga masing-masing RM10, RM18 dan RM25.

Dapatkan MyCity Pass Dengan Harga RM6.00 Untuk Akses Tanpa Had Menaiki LRT
Anda boleh membeli MyCity Pass dari Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL sahaja di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT. Anda tidak boleh beli di mesin.

Sila bawa kad TnG atau boleh juga guna MyKad dan tunjukkan kepada pegawai yang bertugas semasa membeli. Minta sama ada Pas 1-Hari, 2-hari atau Pas 3-Hari. Kemudian bagi kad Touch n’ Go anda untuk dikodkan dengan MyCity Pass. Pastikan baki sekurang-kurangnya ada RM6.
Tapi kalau tiada kad TnG, sama ada boleh beli di kaunter atau boleh sahaja gunakan MyKad baru yang tertera logo TnG. Boleh jimat kan.
Cara Guna MyCity Pass
Jika sudah selesai buat bayaran dan anda dapat semula kad TnG anda, kini boleh terus naik mana-mana stesen LRT dengan scan atau imbas ketika melalui pagar automatik dengan kad TnG anda tersebut.
Jika ingin keluar pun sama, hanya perlu imbas sahaja menggunakan kad TnG yang sama. Seterusnya anda boleh la naik turun LRT tanpa had selama satu hari. Ianya mengikut hari tau, bukan 24 jam. Jadi pukul 12.00 malam dah tak boleh guna.
Lepas ni, boleh la anda bebas untuk pusing-pusing Kuala Lumpur naik LRT tanpa perlu fikir kos kerana anda hanya perlu bayar RM5 sahaja sehari. Mudah dan murah kan!
Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke MyRapid MyCity Pass.









