Mana yang tak sabar-sabar nak datang ke Apple Store tu dan masih tak tahu macam mana nak pergi ke sana. Disini dikongsikan cara pergi Apple Store Malaysia dengan menggunakan MRT boleh sampai terus ke The Exchange TRX.
Pasti ramai yang teruja untuk melihat sendiri lebih dekat, bagaimana keadaan Apple Store jika ingin dibandingkan dengan AAR (Apple Authorised Reseller) seperti Machine, Switch, Thunder, iTworld dan senQ. Apa agaknya ada disana?
Bila Apple Store Malaysia Dibuka Dan Apa Yang Ada Disana?
Apple Store Malaysia terletak di The Exchange TRX, Kuala Lumpur dan dibuka secara rasmi 22 Jun 2024 (Sabtu) kepada orang ramai. Jadi bermula daripada tarikh tersebut, boleh datang beramai-ramai nak nikmati segala apa yang disediakan.
Jadi apa yang ada di Apple Store Malaysia?
Apple Store di Malaysia sama juga seperti di lokasi lain di seluruh dunia dimana menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan eksklusif. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh dapat ketika datang dan melawat Apple Store Malaysia
- Produk Apple Terbaru – Boleh datang sini untuk beli produk Apple seperti iPhone, iPad, Macbook, Apple Watch dan sebagainya.
- Pelanggan juga boleh mencuba dan merasai produk Apple sebelum membeli, termasuk juga menggunakan segala aplikasi yang tersedia di dalamnya.
- Boleh dapatkan servis seperti bantuan teknikal, pembaikan serta dapatkan AppleCare.
- Selain itu, terdapat juga sesi pembelajaran untuk menggunakan Apple secara percuma dan banyak lagi
Menarik kan? Dah tak sabar-sabar nak datang Apple Store Malaysia nanti?
Cara Pergi Apple Store Malaysia Menggunakan MRT
Sekiranya anda drive sendiri atau menggunakan Grab, anda tidak perlu khuatir. Tetapkan sahaja destinasi The Exchange TRX dan ikut panduan yang ditetapkan. Tapi paling terbaik adalah sebenarnya menggunakan public transport MRT.
Ini kerana, salah satu stesen MRT adalah terletak di The Exchange TRX. Jadi anda boleh berhenti disini dan terus sampai ke Apple Store. Stesen tersebut adalah Tun Razak Exchange Samsung Galaxy.
Ikuti tutorial yang dikongsikan oleh amanz ini cara pergi ke Apple Store Malaysia menggunakan MRT. Panduan ini adalah bermula dari line LRT Petaling Jaya dan line Kelana Jaya.
Sekiranya anda datang dari line Kelana Jaya, anda naik dan turun LRT di stesen Ampang Park. Kemudian tukar naik MRT Ampang Park. Pergi ke platform 1 menghalan ke Putrajaya. Turun di stesen Tun Razak Exchange (TRX) Samsung Galaxy.
Manakala jika anda datang dari line Petaling Jaya, boleh turun di LRT Sungai Besi dan tukar ke stesen MRT Sungai Besi. Kemudian naik platform 2 menghala ke Kwasa Damansara. Seperti biasa, turun di stesen Tun Razak Exchange (TRX) Samsung Galaxy
Berjalan terus ke Apple Store…
Dah sampai stesen TRX, anda keluar dan memasuki bangunan tersebut. Kemudian terus naik ke tingkat 1 dan perhatikan singboard tertulis ‘Apple’. Anda akan terus nampak pintu masuk utama Apple Store bersama logo buah.
Apple Store Malaysia ada 3 tingkat yang mana bersambung dengan Taman TRX dibahagian luar. Tingkat 1, terdapat semua produk Apple. Tingkat 2 ada kawasan forum untuk ajar cara menggunakan apple device.
Macam mana? Dah tahu cara pergi Apple Store Malaysia menggunakan MRT? Apa tunggu lagi. Serbu terus mulai 22 Jun nanti.
Tapi jangan risau, bila-bila pun boleh datang. Apple Store dibuka setiap hari walaupun cuti umum. Tak akan lari gunung dikejar!