[LIVE] Cara Tengok CCTV Lebuhraya Malaysia

By aiman

Published On:

Follow Us
cara tengok cctv lebuhraya

Ingin tahu keadaan trafik sebelum keluar rumah atau merancang pulang ke Kampung ketika Hari Raya? Salah satu cara terbaik ialah dengan tengok CCTV lebuhraya Malaysia secara langsung (live).

Dengan kemudahan ini, anda boleh menjimatkan masa perjalanan dan mengelak kesesakan trafik. Selain itu, kamera trafik ini juga membantu dalam pemantauan keselamatan di jalan raya.

Cara tengok CCTV lebuh raya secara live

Terdapat 2 portal yang anda boleh gunakan untuk semak atau tengok CCTV Lebuhraya keseluruhan di Malaysia :

1) JalanNow

Portal JalanNow ada menyediakan paparan CCTV bagi setiap lebuhraya yang ada di Malaysia. Anda boleh saksikan keadaan trafik secara langsung melalui paparan yang dikemaskini dari semasa ke semasa

  1. Pergi ke laman web https://www.jalanow.com/
  2. Disini disediakan 4 pilihan tab utama iaitu KL-Putrajaya, Highways, PNB, PNB 2 dan Johor-Singapore
  3. Pilih pada tab Higways
  4. Akan disenaraikan kesemua lebuhraya yang ada di Malaysia seperti PLUS, LPT, DUKE, LKSA, SKVE dan banyak lagi
  5. Klik pada mana-mana lebuhraya dan akan dipaparkan keadaan semasa di lebuhraya tersebut menerusi CCTV

2) Portal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyediakan akses kepada CCTV lebuh raya live menerusi laman web rasmi mereka. Anda boleh mengakses kamera di pelbagai lokasi strategik seperti plaza tol dan persimpangan utama.

  • Cara akses CCTV di laman web LLM:
    1. Layari laman web rasmi di https://www.llm.gov.my/
    2. Padalam halaman utama, pergi pada bahagian Paparan CCTV Lebuh Raya
    3. Pilih lokasi kamera yang diinginkan bagi setiap lebuhraya di Malaysia
    4. Akan dipaparkan keadaan trafik secara langsung menerusi CCTV

Kesimpulan

Melihat CCTV lebuh raya Malaysia live sangat berguna untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien. Anda boleh akses melalui laman web rasmi seperti LLM dan PLUS, aplikasi mudah alih seperti MyJalan, atau menggunakan Google Maps dan media sosial untuk maklumat trafik. Dengan teknologi ini, anda boleh mengelakkan kesesakan dan sampai ke destinasi dengan lebih selamat dan cepat.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment