Kami disini akan tunjukkan cara topup AHB yang mana anda boleh lakukan secara online sahaja tanpa perlu pergi ke mana-mana kaunter cawangan Maybank.
Anda sudah ada akaun Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan ada duit lebihan sama ada daripada gaji, bonus, bisnes dan sebagainya. Jadi berhajat nak tambah unit, boleh tengok cara disini.
Sekiranya anda ingin buat penambahan unit, anda boleh sahaja pergi ke kaunter Maybank dan buat secara manual. Tapi selain itu, anda juga boleh lakukan secara online sahaja iaitu dengan menggunakan Maybank2u atau aplikasi myAHB.
Cara Topup AHB Secara Online
Jadi disini kami tunjukkan cara untuk topup AHB yang anda boleh lakukan secara online pada bila-bila masa sahaja.
Topup AHB Menggunakan Maybank2u
Untuk membolehkan anda topup unit menggunakan Maybank2u, pastikan terlebih dahulu akaun unit trust anda diaktifkan dan sudah ada akaun AHB
- Login akaun Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
- Pada halaman utama My Account, pergi ke tab Wealth dan klik Unit Trust
- Pada halaman ini akan disenaraikan semua akaun Unit Trust anda termasuk Amanah Hartanah Bumiputer (AHB)
- Untuk topup, pada bahagian Fund Name > Amanah Hartanah Bumiputera
- Klik pada tiga titik (…) dan pilih topup
- Masukkan butiran yang diperlukan
- From Account : akaun saving anda
- Amount : jumlah yang anda ingin topup
- Contact number : nombor telefon anda
- Tandakan semua bahagian
- Akhir sekalik, klik top up
- Buat pembaran seperti biasa

Jumlah minima topup unit AHB adalah RM50. Unit tambahan akan masuk ke akaun AHB anda dalam masa 48 hingga 36 jam.
Topup AHB Menggunakan MyAHB
Untuk menggunakan aplikasi myAHB, anda mestilah sudah daftar dan sambungkan akaun AHB anda terlebih dahulu. Download aplikasi myAHB di playstore atau app store. Anda boleh rujuk disini cara daftar myAHB
- Buka aplikasi myAHB dan login seperti biasa
- Pada halaman utama, klik pada akaun AHB anda yang tertera no.id bersama jumlah unit yang anda ada
- Klik pada Additional Investment dan masukkan jumlah pada ruang Amount yang disediakan. Minimum adalah RM50
- Jika sudah, klik Invest now
- Klik Continue
- Buat pembayaran dan penambahan seperti biasa dengan menggunakan akaun maybank2u anda
- Selesai

Jumlah minima topup unit AHB adalah RM50. Unit tambahan akan masuk ke akaun AHB anda dalam masa 48 hingga 36 jam.
Jad ada dua cara topup AHB yang anda boleh lakukan. Untuk info lanjut, boleh rujuk halaman Maybank2u pada bahagian Amanah Hartanah Bumiputera di https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/wealth/unit_trusts/ahb.page