Jangan Salah Makan! Ketahui Jenis Panadol Dan Kegunaannya Yang Betul

By aiman

Published On:

Follow Us
jenis panadol dan fungsi

Berubat dengan panadol memang jadi kebiasaan ramai, terutama bila demam atau badan rasa sengal. Senang nak dapat, cepat pula reda sakit.

Tapi tak ramai sedar bahawa paracetamol sebenarnya datang dalam pelbagai jenis, dan setiap satunya ada fungsi berbeza.

Ramai fikir semua panadol sama, asalkan telan saja, mesti lega. Hakikatnya, tidak semua sesuai untuk setiap keadaan. Kalau salah pilih, kesannya tak jadi atau lambat berfungsi.

Sebab itu penting untuk tahu jenis-jenis panadol yang ada di pasaran dan bila masa yang paling tepat untuk menggunakannya.

Ada jenis yang fokus untuk kurangkan demam, ada yang lebih sesuai untuk sakit kepala, ada yang disasarkan untuk sengal otot, malah ada juga yang dirumus khas untuk selsema dan simptom berkaitan.

Dengan memahami perbezaan ini, barulah penggunaan jadi lebih berkesan dan selamat.

Bagi mereka yang selalu aktif bekerja, bersukan atau sering terdedah kepada perubahan cuaca, pengetahuan asas tentang panadol boleh membantu dalam urusan harian.

Bukannya perlu jadi pakar, tetapi cukup sekadar tahu pilihan mana yang tepat untuk situasi tertentu. Jadi, sebelum ambil apa-apa ubat, jom kenali jenis panadol dan cara penggunaannya dengan betul supaya kesihatan sentiasa terjaga.

Jenis Panadol Dan Kegunaanya Yang Betul

Untuk ketahui maklumat ini, Ahli Farmasi, Amir Said ada kongsikan tentang jenis-jenis panadol serta kegunaanya dengan betul disamping kuantiti dos yang dicadangkan.

Ingat ya, kalau demam ke sakit-sakit badan ke, maksimum dos untuk ubat paracetamol (PCM) adalah 4000mg atau 4g sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.

1) Panadol Actifast (PCM 500mg, sodium 173mg)

panadol actifast

Peranan sodium ialah membantu paracetamol diserap dengan lebih pantas di usus kecil, jadi kesannya muncul lebih cepat. Namun, kandungan sodium yang tinggi tidak sesuai untuk individu yang mempunyai masalah darah tinggi.

Dos cadangan : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

2) Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Panadol Optizorb

Ia mengandungi calcium carbonate, alginic acid dan crospovidone, yang membantu ubat larut dengan lebih cepat dalam badan. Ini membolehkan paracetamol diserap dengan lebih mudah dan berkesan, dan kesannya boleh dirasai seawal 15 minit.

Tiada kandungan sodium, jadi ia lebih sesuai untuk individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Dos cadangan : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

3) Panadol Extra (PCM 500mg, caffeine 65mg)

Panadol Extra

PCM bersama caffeine untuk kurangkan sakit yang teramat sangat. Headache, migraine, back pain, sakit gigi dsb. Tak sesuai untuk wanita pregnant & breastfeed sebab ada caffeine.

p/s : menurut ahli farmasi ini juga, kajian ada menunjukkan pengguna 250mg caffeine boleh tingkatkan tekanan darah sebanyak 4mmHg. Jadi walaupun tiada sodium, Panadol Extra yang ada caffeine boleh tingkatkan tekanan darah juga.

Dos cadangan : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

4) Panadol Soluble (PCM 500mg, sodium 427mg)

Panadol Soluble

Panadol Soluble sesuai untuk individu yang sukar menelan tablet, kerana ubat ini hanya perlu dilarutkan dalam segelas air sebelum diambil.

Namun, kandungan sodium di dalamnya agak tinggi, jadi ia kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah darah tinggi.

Dos cadangan : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

5) Panadol Menstrual (PCM 500mg, pamabrom 25mg)

Panadol Menstrual

Sesuai untuk wanita yang mengalami senggugut ketika haid. Bagaimana ia berfungsi? Pamabrom mempunyai kesan diuretik, yang membantu menyingkirkan lebihan air yang terkumpul akibat perubahan hormon semasa datang bulan.

Dos cadangan : 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

6) Panadol Extend (PCM 665mg)

Panadol Extend

Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik. Tablet lain PCM 500mg, yang ni 665mg!

Dos cadangan : 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari.

Jenama Lain Panadol

Jenama-jenama panadol ini ianya telah didaftarkan secara sah dan anda masih boleh dapatkan dipasaran Malaysia, tetapi ianya kurang terkenal sahaja. 

7) Panadol For Cold Relief

PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg

8) Panadol Allergy Sinus

PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg, Chlorpheniramine 2mg

9) Panadol Cold + Flu + ND 

PCM 500mg, Phenylephrine 5mg

jenis panadol lain dan fungsi

Jadi diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua lagi-lagi yang suka sangat telan panadol supaya lebih tahu kandungan yang sesuai untuk anda.

Jangan ambil terlebih dos atau overdose yang pastinya akan memberi kesan kepada badan anda. Nak guna lama kan, jadi ambil dos yang dicadangkan sahaja.

Sumber : X/@AmirSaid

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now