Spritzer Kini Menjalankan Semakan Produk Selepas Nitizen Mengadu Air Bau Petai

By aiman

Published On:

Follow Us
spritzer air bau petai

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ramai pengguna mengadu air botal Spritzer yang dibeli di kedai mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Ada antaranya bagi tahu, ianya bau seakan petai.

Baik sama ada di aplikasi X atau di Threads, masing-masing berkongsi pengalaman tentang bau tersebut. Kata mereka, kejadian ini perkara baru dan tidak pernah berlaku pada tahun sebelumnya.

spritzer air bau petai

Daripada perkongsian itulah, timbul persoalan untuk semua pengguna air mineral tersebut, adakah bau tersebut berlaku di semua produk mereka, atau hanya beberapa batch sahaja yang terganggu?

Disebabkan perkara ini menjadi tular, syarikat pengeluar air mineral terkemuka, Spritzer tersebut tampil menjawab segala dakwaan tersebut. Adakah ianya benar berlaku atau sekadar khabar angin?

Spritzer Tampil Menjawab Segala Persoalan

Melalui hantaran terbaru dan kenyataan sementara daripada pihak Spritzer menerusi laman media sosial mereka di facebook dan Instagram, pihak mereka kini sedang menjalankan semakan produk.

Pihak Spriitzer memohon maaf atas kesulitan tersebut dan kini telah mengambil maklum tentang bau yang tidak menyenangkan pada beberapa botol Spritzer Natural Mineral Water.

Pihak mereka juga kini telah mengambil tindakan segera termasuk menjejak kelompok pengeluaran, ujian yang terperinci dan audit terhadap pengendali, penyimpanan dan pengangkutan.

Daripada hasil tindakan tersebut, ujian awal mengesahkan bahawa air tersebut selamat untuk diminum dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui apa punca bau tersebut.

Selain itu, pihak mereka juga menyarankan pengguna untuk menyimpan air botal jauh daripada bahan berbau kuat. Ini kerana ianya mampu untuk menyerap bau yang berhampiran. Selain itu, simpan juga di tempat sejuk, kering dan habiskan segera selepas dibuka.

Sekiranya anda ingin dapatkan bantuan atau buat penukaran, anda boleh kemukakan kod kelompok, butiran pembelian dan nombor untuk dihubungi melalui talian dan emel seperti dibawah :

1800-88-3111 atau emel ke info@spritzer.com.my
Whatsapp : +60174353663 / +60129792663

Sumber : Spritzer

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now