Menjadi satu-satunya perlawanan yang berlangsung pada hari ketiga, minggu kelima (LS5) untuk saingan Liga Super 2024/25 antara KL City vs Selangor.
Perlawanan ini akan berlangsung pada hujung minggu ini, 14 Julai 2024, hari Ahad bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam.
Penyokong kedua-dua pasukan termasuk juga peminat bola sepak tempatan, boleh menyaksikan ‘derby Klang Valley’ ini secara langsung di Astro Arena Bola 803 atau secara live streaming di Sooka.
Derby Lembah Klang Antara KL City vs Selangor
Menarik untuk disaksikan pertemuan kedua-dua pasukan ini. Setiap perlawanan derby, pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap pasukan termasuk juga penyokong.
Untuk rekod, lima perlawanan terakhir bagi kedua-dua pasukan ini berpihak kepada Selangor apabila KL City tumpas tiga kali dan hanya mampu meraih seri 2 kali.
Adakah kali ini KL City mampu untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia mereka yang menjadi saksi pada malam tersebut di Stadium KL?
Atau Selangor akan teruskan rentak cemerlang mereka dalam saingan liga apabila tidak pernah tewas setakat ini dalam perlawanan sebenar.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan pertemuan KL City vs Selangor pada 14 Julai 2024, hari Ahad bagi saingan Liga Super 2024/25 untuk minggu kelima (LS5).
FT : KL City (1) – (0) Selangor
- Jovan Motika 63′
Masa : 8.15 malam
Venue : Stadium Bolasepak KL
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka