Sebagai tanda solidariti, pengguna media sosial, Norsalim Ali telah menghasilkan sebuah lagu khas bertajuk Justice For Zara Qairina. Telah mendapat perkongsian yang tinggi daripada pengguna-pengguna lain.
Daripada bait-bait lirik lagu tersebut, pencipta lagu tersebut meluahkan amarah terhadap kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina yang ketika ini masih belum dapat pembelaan yang sewajarnya.
Bukan itu sahaja, lirik lagu Justice For Zara Qairina juga mengajak dan menyeru masyarakat supaya tidak terus senyap, sebaliknya suarakan dan menuntut keadilan kepada mangsa.
Setakat artikel ini dihasilkan, sebanyak 3.5 juta kali video lagu ini telah dimainkan di laman TikTok beliau sendiri @Norsalim Ali. Manakala di Youtube sebanyak 65K tontonan sejak dimuat naik pada 7 Ogos yang lepas
Lirik Lagu Justice For Zara Qairina
Justice For Zara Qairina
Irama rap melihat kejatuhan
Usiamu baru tiga belas
Mimpi masih berlari di padang luas
Tapi malam itu semuanya kelam
Bulan jadi saksi. Kau tak pernah pulang
Rap
Kata mereka, kau jatuh sendiri
Tapi benarkah itu realiti?
Bila tengkuk mu bengkok, tubuh mu mati dan tapak kaki kiri kau berdarah sunyi
Tiada jeritan, tiada cahaya, kau rebah dalam gelap derita
Siapa yang tahu apa yang terjadi? Siapa yang kejam? Siapa bersalah kini?
Korus
Justice for Zara Qairina bukan sekadar nama di pusara
Tangisan ibu jadi nyala
Kita bangkit demi kebenaran nyata
Justice for Zara Qairina di langit Sabah yang saksi luka
Buli itu pembunuhan senyap!
Hari ini suara kami takkan senyap
Rap
Kau bukan cerita untuk dilupa
Kau jeritan buat semua yang lena
Di asrama, tempat sepatutnya selamat
Kini jadi pentas duka yang gelap
Kaki kanan lurus, kiri terlipat
Kepala terkulai, tubuh mu terlentang!
Mana cikgu? Mana warden? Mana suara bila Zara ditinggalkan?
Mana suara bila Zara ditinggalkan
Kami juga anak-anak sekolah
Kami bukan boneka yang diperah
Jangan sembunyi kebenaran
Kami tutup satu pembelaan









