Setiap kali datang MIXUE nak beli aiskrim atau milk tea, memang setiap kali tu la kita akan dengar lagu catchy mereka yang akan dipasang sepanjang hari. Tapi tahu tak lirik sebenar lagu ni?
MIXUE kini menjadi antara kedai minuman paling terkenal di Malaysia. Sebuah jenama dari China ini mengfokuskan kepada jualan aiskrim dan juga teh sejak tahun 1997. Dikatakan di Malaysia sahaja lebih 300 cawangan telah dibuka di seluruh negeri.
BACA JUGA : Lokasi Mixue Seluruh Malaysia
Antara tarikan utama Mixue pastinya adalah tawaran harga yang sangat mudah. Dengan RM2, anda boleh beli aiskrim. Manakala RM5 sahaja, anda boleh dapatkan air milk tea dengan topping boba.
Tapi selain itu, ramai yang kongsikan bila beli air minuman di MIXUE, mereka akan teringat-ingat lagu yang dipasang di premis tersebut. Ianya lagu rasmi MIXUE yang menampilkan melodinya simple tapi boleh melekat di kepala.
Nak tahu lirik sebenar lagu rasmi MIXUE tersebut? Jom kita tengok bait lirik tersebut dan nanti boleh sing along bila datang ke sini.
Lirik Lagu MIXUE
Ni ai wo wo ai ni
mi xue bing cheng tian mi mi
ni ai wo wo ai ni
mi xue bing cheng tian mi mi
ni ai wo ya wo ai ni
ni ai wo wo ai ni
mi xue bing cheng tian mi mi
I love you you love me
MIXUE Ice cream &Tea
I love you you love me
MIXUE Ice cream &Tea
I love you you love me
I love you you love me
MIXUE Ice cream &Tea
ni ai wo wo ai ni
mi xue bing cheng tian mi mi
Lagu ini akan ulang-ulang dari buka kedai hingga tutup kedai. Kalau anda rasa sudah tepu dengar bila datang ke Mixue, cuba bayangkan pekerja mereka yang berada disana lebih 12 jam, dengar lagu yang sama?









