Setiap tahun, lagu raya menjadi elemen penting dalam menyemarakkan suasana Aidilfitri. Lagu Serumpun nyanyian Mimifly antara yang mencuri perhatian ramai untuk lagu raya tahun 2025.
Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden, menghasilkan suasana yang segar tetapi masih terpasak pada nilai budaya. Membawa mesej perpaduan dan kasih sayang terutamanya ketika lebaran.
Mimifly sekali lagi membawa keunikan dalam aksi persembahan iaitu dengan penggunaan bahasa isyarat dalam kareografi sama seperti yang dibawakan untuk lagu Angkat sebelum ini.
Serumpun antara lagu raya yang mencuri perhatian warga internet kali ini. Rata-rata muzik dan lirik yang dibawakan lebih mudah sampai dan mudah untuk didengar oleh halwa telinga. Di di Youtube, Spotify, Joox, Apple Music dan semua platform digital lain.
Lagu : Serumpun
Penyanyi : Serumpun
Komposer : Mimifly, Cuurley
Lirik : Mimifly, Cuurley
Penerbit : Taja Archive Sdn Bhd & 153Joombas
Lirik Lagu Serumpun – Mimifly
Gedebang gedebung (3)
Usap perut lenggang lenggok
Dah bergema suara takbir
Tiba sudah hari raya
Adik abang (adik abang)
lekas siap (cepat siap)
Tolong bonda masak serba lengkap
Ohhhh
Bagai serai kita serumpun
Bagai sirih tersusun
Ada ketupat ada rendang
Nasi himpit dan kuah kacang
Kuih muih sudah terhidang
Kita jemput sekampung datang
Duit raya di dalam sampul
Adik beradik sama berkumpul
Ada bunga api ada mercun
Biar meletup, pom pom pom pom!
(Hei, Mak Ngah dah sampai)
Pak Long menyakat
Mak Long melatah
Adik terpeleot
Sedapkan?
Mak Su membawang
Menghiris bawang
Mata bergenang
Sakitkan?
Tangan lenguh perah santan
Adik sibuk nak berdandan
Sibuk nak raya (raya)
Siapa nak raya (raya)
Ging gang ging guli guli wacha
Ohhh
Bagai serai kita serumpun
Bagai sirih tersusun
Ohhh
Di hari raya kumohon ampun
Sama-sama berhimpun
Ada ketupat ada rendang
Nasi himpit dan kuah kacang
Kuih muih sudah terhidang
Kita jemput sekampung datang
Duit raya di dalam sampul
Adik beradik sama berkumpul
Ada bunga api ada mercun
Biar meletup, pom pom pom pom!