Senarai Lokasi Kiosk Tukar Kad Debit Maybank Seluruh Malaysia

By aiman

Published On:

Follow Us
lokasi kiosk tukad kad debit maybank

Maybank ada sediakan alternatif bagi pelanggannya yang ingin tukar kad debit atau kad ATM mereka yang sudah tamat tempoh tanpa pergi ke kaunter atau secara online iaitu melalui Mesin Layan Diri Ekspress (Maybank Debit Card Replacement Kiosk).

Mungkin cara paling mudah untuk tukar kad debit adalah permohonan secara online iaitu menerusi laman web Maybank2u tetapi ianya mengambil masa yang lama untuk kad debit tersebut sampai ke rumah anda melalui pengeposan. Anggaran dalam 9 hari.

Jika anda ingin tukar di kaunter pula, anda perlu beratur panjang. Perlu tunggu giliran sehingga dipanggil. Ini pastinya mengambil sedikit masa, meskipun anda boleh tukar kad debit terus pada hari yang sama. Ini cara kedua.

BACA JUGA : Cara Transfer Duit Maybank Ke BSN

Jadi melalui cara ketiga iaitu menggunakan Mesin Layan Diri atau kiosk ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang seperti di kaunter dan paling best, anda boleh dapat kad debit yang baru dengan segera pada waktu itu juga. Jimat masa menunggu.

Pada kiosk ini, anda hanya boleh tukar kad debit baru yang hampir atau sudah tamat tempoh sahaja dan ianya percuma. Jika kad anda rosak/hilang atau terlupa nombor PIN, anda wajib pergi ke kaunter.

Lokasi Kiosk Tukar Kad Debit Maybank Seluruh Malaysia

Walaubagaimanapun setakat ini, bukan semua cawangan Maybank menyediakan mesin layan diri (kiosk) untuk tukar kad debit ini, hanya beberapa lokasi sahaja. Ini antara lokasi terbaru untuk tahun 2025.

Ketika anda ingin tukar kad debit di kiosk ini, anda hanya perlu bawa kad debit lama anda tersebut beserta kad pengenalan. Pastikan anda ingat no pin kad debit lama anda tersebut.

tukar kad debit maybank

Berikut merupakan lokasi cawangan maybank yang menyediakan mesin layan diri untuk tukar kad debit di seluruh negara:

Kuala Lumpur

Bandar Sri Permaisuri
No 59 Grd, 1st and 2nd Floor, Jalan Sri Permaisuri 8, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur

Setapak
Wisma Lee Kay Huan, Lot 14408 Jalan Genting Kelang, 53200 Setapak, Kuala Lumpur

Jalan Gombak
Wisma KS, No 5, Jln Meranti, Taman Setapak, 53000 Setapak KL

Seksyen 5, Wangsa Maju
No. 2 & 2A, Ground & 1st Floor, Jalan Wangsa Delima 11, D’Wangsa, KLSC Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Mid Valley – Forex Booth
LG- 082 , Lower Ground Floor, Mid-Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, Mid-Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Pavillion Bukit Jalil
C-1-1, Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil 7, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

KLCC
Lot C-21-C, Concourse Expansion Suria KLCC, KL City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Berjaya Times Square Mall
LG-19A-3A, Berjaya Times Square, Lower Ground Floor, Lower Ground Floor, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur

Johor

Kulai
No. 193, 194, 195 & 196, Jalan Kenanga 29/4, Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor

Bandar Baru Uda
No. 25, 27 & 29, Jln Padi Emas 1/3, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

Johor Bharu Main
106-108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru

Melaka

Melaka Main
114 & 114A, Graha Peladang, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka, P.O. Box 173, 75730, Melaka

Perak

Taiping
234-237 Jalan Chung Thye Phin 34000 Taiping, Perak

Bercham
166, 168 & 170 Jalan Tasek Timur, Pusat Perdagangan Tasek Indra, 31400 Ipoh Perak

Selangor

Puchong Jaya
No. 7, Jalan Kenari 1, Bandar Puchong Jaya, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Bandar Sunway
No. 30 & 32, Jalan PJS 11/28A, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya Selangor

Shah Alam Main
10, Persiaran Perbandaran, Section 14, 40000 Shah Alam, P.O. Box 7109, 40702 Shah Alam Selangor

Kajang
Ground & Mezzanine Floor 28-30, Jalan Tukang, 43000 Kajang, Selangor

Rawang
17, Jalan Bandar Rawang 2 Bandar Baru Rawang 48000 Rawang, Selangor

USJ Subang Jaya
No 39, Jln USJ 10/1G, 47620 Subang Jaya, Selangor

Bandar Baru Bangi
No 7 & 9, Jalan 9/9C, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi,43650 Bangi Selangor

Setia Alam
No.2, Persiaran Setia Impian Setia Alam, Section U13, 40170 Shah Alam, Selangor

Negeri Sembilan

Seremban
166-169, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban, P.O. Box 163, 70720 Seremban, Negeri Sembilan

Nilai
PT 7443, Jalan BBN 1/2F, Bandar Baru Nilai 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Putrajaya

Putrajaya
R13 & R15 Bangunan Annexe, Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya Precint 3, 62675 Putrajaya, Putrajaya

Kedah

Alor Setar Main
1535, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Star,P.O. Box 82, 05710 Alor Star,Kedah

Kulim
No. 75 & 76, Tingkat Bawah, 3, Jalan Kelang Lama, Taman Manggis, 09000 Kulim, Kedah

Lagenda Height
Lot 101-103 Jalan Lagenda 1, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Perlis

Kangar
Upper Grd. Floor, Menara KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar, P.O. Box 38, 01700 Kangar, Perlis

Pulau Pinang

Penang Road
1, Arked Ria Satu, KOMTAR, 10000 Penang Pulau Pinang

Bukit Mertajam
447, 448 & 449, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

Pahang

Kuantan Bukit Ubi
61-65, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, P.O. Box 119, 25720 Kuantan, Pahang

Kelantan

Tanah Merah
G-Floor, UMNO Building, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kota Bharu
3880-E, Jalan Mahmood,15200 Kota Bharu, P.O. Box 108,15710 Kota Bharu, Kelantan

Terengganu

Kemaman
K11284 & K11285 Taman Cukai Utama Jalan Kubang Kurus 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu

Sabah

Karamunsing
Bangunan Maybank, No. 1, Lorong Kemajuan, Karamunsing, P.O. Box 12599, 88829 Kota Kinabalu, Sabah

Tawau
262-264, Fajar Complex, Jalan Mahkamah, 91000 Tawau, P.O. Box 260, 91007 Tawau, Sabah

Sarawak

Wisma Satok
Level 1, Wisma Satok, Jalan Satok, P.O. Box 1963, 93740 Kuching, Sarawak

Miri Times Square
A12-A15, Miri Times Square, Marina Parkcity, 98000 Miri, Sarawak

Sibu
35, 37 & 39, Jalan Kampung Nyabor, 96000 Sibu, P.O. Box 539, Sarawak

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan lokasi untuk tukar kad debit Maybank, anda boleh rujuk di laman web www.maybank2u.com.my/card-renewal

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now