Anda boleh ikuti langkah-lankah dan cara transfer duit Maybank ke akaun BSN yang kami kongsikan disini bagi memudahkan urusan yang mana boleh dibuat secara online sahaja.
Sekiranya anda mempunyai akaun Maybank dan ingin memindahkan sejumlah wang ke akaun BSN sama ada untuk shopping, derma atau akaun ibu bapa anda, boleh baca terus dibawah.
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk anda pindahkan duit ini seperti bank-in terus ke mesin ATM BSN dan paling mudah adalah buat secara online sahaja menerusi internet banking.
Untuk Maybank, anda boleh gunakan sama ada laman web maybank2u.com.my atau menggunakan aplikasi MAE di telefon pintar. Bagi BSN, internet banking mereka adalah myBSN.
Cara Transfer Duit Maybank Ke Akaun BSN Secara Online
Jadi disini kami akan tunjukkan cara transfer duit Maybank ke akaun BSN menggunakan dua kaedah iaitu menerusi laman web Maybank2u dan juga aplikasi MAE. Untuk lebih sebenarnya, menggunakan aplikasi.
Cara Transfer Duit Maybank Menggunakan Maybank2u
- Login menggunakan username dan password di https://www.maybank2u.com.my/
- Klik pada tab โPay & Transferโ pada bahagian atas dan pilih โTransferโ
- Pada โTransfer Toโ, pilih โOther Accountsโ dan cari Bank Simpanan Nasional Berhad
- Masukkan maklumat yang dikehendaki seperti:
- 16-digit nombor akaun
- Nama pemilik akaun
- Transaction Type = Fund Transfer
- Transfer Mode = DuitNow Transfer
- Transfer Amount = Jumlah duit yang anda ingin pindahkan
- Recipient Reference = Tulis la apa-apa yang berkaitan
- Jika selesai semuanya, klik โTransferโ
- Akhir sekali, buat pemindahan seperti biasa dengan mengikut segala arahan yang ditetapkan seperti โSecure Verificationโ

Cara Transfer Duit Maybank Menggunakan Aplikasi MAE
- Buka aplikasi MAE dan login seperti biasa
- Pilih tab โAccountsโ pada bahagian bawah
- Klik pada pilihan akaun simpanan anda โ โSavings Account-iโ
- Klik butang โTransferโ
- Kemudian pilih Others > Banks > Bank Simpanan Nasional Berhad
- Masukkan โ16-digit nombor akaunโ >
- Transfer type, pilih Fund โTransferโ
- Transfer mode, pilih โDuitnow Transferโ
- Klik โContinueโ
- Masukkan jumlah duit yang anda ingin transfer
- Pada bahagian โenter recipient referenceโ, letak apa-apa yang berkaitan. Resit jualan ke, shopping, kasut, derma dan sebagainya. Jika sudah, klik Continue
- Akhir sekali tekan โTransfer Nowโ untuk mulakan pemindahan wang.
- Selesai



Anda boleh semak jumlah duit yang anda peroleh daripada Maybank ke akaun BSN tersebut.
1 thought on โCara Transfer Duit Maybank Ke Akaun BSNโ