Cara Transfer Duit Ke AEON Bank (Digital) Tahun 2024

By aiman

Published on:

aeon bank digital

Anda dah mula daftar akaun bank digital daripada AEON Bank? Kalau sudah, kami disini kongsikan pula cara transfer duit ke AEON Bank daripada akaun Maybank atau mana-mana akaun bank yang ada guna.

Pada Mei 2024, secara rasmi AEON telah memperkenalkan bank digital milik mereka sendiri iaitu AEON Bank yang mana ianya merupakan bank digital pertama patuh syariah di Malaysia. Jadi orang Islam boleh menggunakannya.

aeon bank

Secara umumnya, bank digital seperti AEON Bank ini sama sahaja seperti bank-bank komersial lain seperti Maybank, CIMB, BSN, Bank Islam dan sebagainya. Tapi bank digital, kalau nak daftar, boleh buat secara online sahaja berbanding bank komersial yang lain.

Advertisements

BACA JUGA : Cara Transfer Duit Maybank Ke Akaun BSN

Tapi kalau nak guna, mestilah la ada duit kan. Jadi disini kami kongsikan kepada anda cara untuk transfer duit ke AEON Bank daripada mana-mana bank komersial. Cara pindah duit ini secara umum, sama sahaja konsep seperti bank lain.

Cara Transfer Duit Ke AEON Bank Daripada Bank

Ini merupakan langkah mudah untuk anda topup atau deposit atau pindah atau transfer duit ke AEON Bank. Dalam tutorial ini, kami tunjukkan cara transfer dari akaun Maybank menggunakan aplikasi MAE. Tetapi step sama sahaja untuk semua jenis bank.

BACA JUGA : Cara Daftar Akaun AEON Bank Secara Online

Advertisements
  1. Login seperti biasa akaun MAE anda menggunakan username dan password
  2. Pada tab ‘Account’, klik pada ‘akaun Saving’ anda
  3. Kemudian pilih ‘Transfer’
  4. Pilih Others > Banks > klik AEON Bank (M) Berhad
  5. Masukkan 13 digit nombor akaun AEON Bank anda, pilih ‘transfer type’ dan ‘transfer mode – DuitNow Transfer’. Akhir sekali klik ‘Continue’
  6. Masukkan amount atau jumlah yang dikehendaki
  7. Penuhkan butiran untuk ‘Recipient Reference’ dan klik ‘Continue’
  8. Sekarang buat pemindahan seperti biasa sehingga selesai. Tranfer Now
  9. Selesai

Duit yang anda pindahkan atau transfer tersebut akan masuk ke akaun AEON Bank anda serta merta. Tiada caj tambahan untuk pemindahan dari Maybank ke AEON Bank. Lepas ni mudah la untuk anda transfer duit ke AEON Bank pada bila-bila masa sahaja.

Sementara promosi kempen pengenalan ini, AEON Bank menawarkan kadar keuntungan (profit rate) sebanyak 3.88% setahun iaitu sehingga 31 Ogos 2024. Jadi jangan lepaskan peluang untuk daftar bank digital patuh syariah menerusi AEON Bank.

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

1 thought on “Cara Transfer Duit Ke AEON Bank (Digital) Tahun 2024”

Leave a Comment