Untuk yang kali pertama buat registration, disini kami kongsikan cara untuk daftar AEON Bank yang mana anda boleh buat secara online sahaja untuk dapatkan akaun bank digital anda sendiri.
Selain bank komersial yang ada seperti Maybank, Bank Islam, CIMB dan sebagainya itu, terdapat juga satu lagi jenis bank iaitu bank digital. Anda boleh buat deposit atau simpan duit tanpa bank komersial tersebut.
Yang paling memudahkan anda dengan bank digital seperti AEON Bank ini, anda tidak perlu lagi ke kaunter dan bukan akaun secara manual. Anda boleh daftar dan buat secara online dimana-mana sahaja.
BACA JUGA : Cara Transfer Duit Ke AEON Bank Secara Online
Sekarang sudah ada beberapa jenis bank digital, tetapi AEON Bank merupakan satu-satunya bank digital patuh syariah setakat ini. Jadi sebagai muslim, tiada ragu-ragu untuk anda menggunakan perkhidmatan AEON Bank.
Cara Daftar AEON Bank Secara Online Tahun 2024
Jadi untuk anda yang berminat untuk buka akaun dan daftar AEON Bank, anda boleh ikuti langkah-langkah mudah dibawah. Untuk keperluan, hanya perlu sediakan 2 perkara sahaja
- MyKad
- RM20 sebagai syarat untuk buka akaun. Akan disimpan dalam akaun simpanan anda
1. Daftar Aplikasi AEON Bank
Berikut merupakan tatara untuk daftar AEON Bank yang boleh dibuat secara online sahaja
- Download apps AEON Bank di Play Store atau App Store. Buka aplikasi tersebut
- Pada bahagian permulaan, klik butang ‘Register’ dan ikut arahan seterusnya
- Lengkapkan maklumat no. MyKad dan masukkan emel yang aktif. 6-digit OTP akan dihantar ke emel anda untuk tujuan pengesahan (verification)
- Kemudian masukkan nombor telefon beserta nama seperti yang tertera pada MyKad anda
- Akhir sekali, letak password dan no. pin
2. Buka Akaun Simpanan (Savings Account-i)
Selepas selesai untuk daftar AEON Bank account, barulah anda boleh teruskan untuk buka akaun simpanan (Savings Account-i). Ikuti langkah-langkah dibawah
- Pada paparan hadapan, klik ‘Open Savings Account-i’ dan ikuti arahan berikutnya
- Kemudian anda perlu buat pengesahan identiti iaitu dengan cara ‘ambil gambar MyKad’ anda depan dan belakang dalam keadaan yang baik.
- Jika sudah berjaya, ambil gambar ‘selfie’ anda pula
- Kemudian lengkapkan maklumat diri seperti bangsa, pendidikan, alamat rumah, pekerjaan dan sebagainya.
- Untuk permulaan, AEON Bank menawarkan pilihan nombor terakhir yang anda minat. Masukkan 4-digit nombor
- Pastikan segala maklumat yang anda masukkan adalan betul. Semak terlebih dahulu
- Jika sudah betul semuanya, klik ‘Submit’
Untuk tujuan pengesahan, ianya mengambil masa 5 hingga 24 jam. Untuk pengalaman sendiri, ianya ambil masa 3 hari. Mungkin disebabkan permintaan yang tinggi ketika ianya baru dilancarkan.
3. Aktifkan Akaun Simpanan (Savings Account-i)
Selepas anda menerima notification mengatakan pendaftaran untuk akaun simpanan sudah berjaya, anda perlu aktifkan pula akaun simpanan anda tersebut.
Anda perlu transfer atau masukkan RM20 ke dalam akaun simpanan AEON Bank anda samada secara DuitNow atau Online Banking. Buat pemindahan seperti biasa.
Selesai!
Anda juga boleh dapatkan kad debit AEON Bank. Pergi ke aplikasi > Card > Debit Card-i dan klik Continue. Kad akan dihantar ke rumah anda dalam tempoh 7 hari bekerja.
Semoga perkongsian cara daftar AEON Bank ini bermanfaat untuk anda yang ingin dapatkan sebuah akaun bank digital patuh syariah pertama di Malaysia.
Kelebihan AEON Bank (Bank Digital)
Istimewa sempena pelancaran, pelanggan yang mendaftar akaun AEON Bank, layak mendapat bonus pendaftaran 3,000 Aeon Points dan juga 3x Aeon Points dengan transaksik menggunakan Aeon Bank x Visa Debit Card-i.
Bukan itu sahaja, sehingga 31 Ogos 2024, pelanggan yang membuka akaun AEON Bank juga layak mendapatkan kadar keuntungan sebanyak 3.88% setahun. Juga secara automatik menjadi ahli AEON untuk nikmati ganjaran bagi setiap pembelian.