Jadual Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 (Siaran Langsung & Live Streaming)

By aiman

Published on:

jadual majlis tilawah dan hafazan al-quran peringkat kebangsaan

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) untuk tahun 2024/1445 Hijrah kini akan berlangsung semula yang mana kini sudah memasuki edisi ke-66 semenjak kali pertama dianjurkan pada 1960.

Pahang telah dipilih menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini dimana ianya akan bermula dari 23 hingga 28 Mei 2024 bertempat di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah. Dengan membawa tema “Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati”.

Untuk rekod, Pahang sebelum ini juga pernah menjadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran bagi peringkat Kebangsaan iaitu pada edisi 2011 dan edisi 2014. Kini ianya kembali semula ke bumi Pahang untuk kali ketiga. Untuk edisi 2023, Negeri Sembilan muncul juara keseluruhan

Bagi edisi kali ini, seramai 110 peserta dari seluruh negara bagi setiap negeri yang mengambil bahagian. 29 peserta yang terdiri daripada 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah menyertai tilawah. Selebihnya iaitu 81 peserta untuk acara Hafazan.

Advertisements

Tiada kategori untuk acara Tilawah. Untuk Hafazan pula dibahagikan kepada tiga (3) iaitu kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk. Tahun ini, pihak penganjur telah membuat penambahbaikkan dalam format pertandingan.

Untuk peserta Tilawah Al-Quran, mereka perlu membaca dua lagu wajib secara berturut-turut dan menyelesaikan bacaan dengan sekurang-kurangnya empat maqamat dalam masa 10 minit. Manakala peserta Hafazan pula diwajibkan untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 10 baris dalam masa dua minit.

Bukan itu sahaja, untuk menjadikannya lebih mencabar, untuk kategori Hafazan Al-Quran, soalan akan dikemukakan tanpa disebut atau dinyatakan nombor ayat, nama surah, juzuk dan muka surat seperti sebelum ini.

Hadiah Pemenang Untuk Juara Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024

Untuk tahun 2024, setiap pemenang atau juara bagi acara Tilawah dan Hafazan akan memabwa pulang wang tunai, wang tambahan untuk menunaikan haji, piala pertandingan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Selain itu, setiap peserta akan menerima RM1,000 sebagai penghargaan daripada pihak Kerajaan Negeri Pahang.

Siaran Langsung Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024

Bagi yang berkesempatan, orang ramai boleh datang ke Auditorium Darul Makmur dan masuk adalah secara percuma. Bagi yang tidak dapat hadir, jangan risau, ini kerana majlis ini turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan di platform online.

Program anjuran JAKIM dengan kersama Kerajaan Pahang ini, anda boleh saksikan secara langsung di kaca tv menerusi saluran RTM di TV1 dan TV Al-Hijrah (saluran Astro dan 114 MYTV 114). Untuk live streaming, boleh tonton di RTM Klik, mana2.my dan web TV JAKIM serta facebook JAKIM.

Advertisements

Bukan itu sahaja, majlis ini turut boleh didengari di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang mana turut menyiarkannya secara langsung di saluran radio masing-masing.

Jadual Penuh Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaa 2024

Dalam majlis ini terdapat 2 acara utama iaitu Tilawah dan Hafazan. Untuk info, majlis Tilawah akan bermula dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Manakala untuk majlis Hafazan akan disambung pada 9 hingga 11 malam.

Berikut merupakan jadual penuh acara bagi Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran peringkat Kebangsaan untuk tahun 2024 yang berlangsung dari 23 hingga 28 Mei 2024:

Untuk info lanjut, boleh pergi ke facebook JAKIM atau laman web rasmi MTHQK di https://mthqk.islam.gov.my/

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment