Siaran Langsung Malaysia vs Korea Asia Rugby Championship 2024 (Live Streaming)

By aiman

Updated on:

malaysia vs korea asia rugby championship

Untuk peminat sukan ragbi, sepanjang bulan Jun ini, anda akan disajikan aksi ragbi peringkat Asia iaitu menerusi kejohanan Asia Rugby Championship 2024.

Bukan itu sahaja, dalam kejohanan ini pasukan Ragbi negara yang terkenal dengan jolokan Bunga Raya turut serta dalam misi memburu kejuaraan sulung.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 1 hingga 22 Jun 2024 dan perlawanan pertama melibatkan pasukan negara dimana mempertemukan Malaysia vs Korea Selatan.

Advertisements

Perlawanan ini akan berlangsung pada 2 Jun 2024, pukul 1.00 tengah hari, hari Ahad bertempat di Incheon, Korea dimana mereka telah diundi selaku tuan rumah untuk aksi pertama bagi kedua-dua pasukan.

Kejohanan Asia Rugby Championship 2024

Dalam acara tahunan Asia Rugby Championship edisi 2024 sebanyak 4 pasukan yang layak dan mengambil bahagian termasuk Korea Selatan, Hong Kong dan United Arab Emirates (UAE).

Perlawanan dilangsungkan dalam format liga round-robin satu pusingan. Pasukan yang berada di kedudukan teratas, merekalah yang akan bergelar juara.

Untuk rekod terbaru, Malaysia naik pangkat dan bermain di peringkat Championship bermula tahun 2018, selepas bergelar juara untuk peringkat Division 1 pada edisi 2017.

Pencapaian terbaik setakat ini adalah sebagai pemenang tempat ketiga sahaja. Hong Kong selaku juara bertahan untuk empat tahun berturut-turut.

Siaran Langsung Malaysia vs Korea Di Asia Rugby Championship 2024 – Live Streaming

Bagi mereka yang berminat sukan ragbi dan ingin menonton perlawanan antara Korea vs Malaysia, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi laman facebook rasmi dan youtube rasmi secara percuma.

Advertisements

Tiada tayangan siaran langsung dibuat di kaca tv sama ada menerusi saluran Astro mahupun RTM. Jadi boleh strim dengan menggunakan laptop atau smartphone sahaja.

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan Malaysia vs Korea dalam aksi kedua kejohanan Asia Rugby Championship 2024 yang berlangsung pada 2 Jun 2024.

FT : Malaysia (55) – (5) Korea

Masa : 1.00 pm
Venue : Incheon Namdong Stadium
Tayangan TV : Tiada
Live Streaming : Facebook & Youtube

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Related Post

Leave a Comment