Ada yang mencari macam mana nak tulis jawi untuk nama-nama hari. Macam mana eja Isnin, Selasa, Rabu dalam Jawi? Atau mungkin nak tahu juga nama-nama tersebut dalam bahasa arab.
Mengetahui nama-nama hari dalam tulisan Jawi dan bahasa Arab bukan sahaja menarik tetapi juga membantu dalam pemahaman bahasa serta budaya Islam. Jawi merupakan tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu klasik, manakala bahasa Arab adalah bahasa utama dalam Al-Quran.
Mari kita lihat nama-nama hari dalam tiga versi iaitu bahasa Melayu, tulisan Jawi, dan bahasa Arab.
Nama-Nama Hari dalam Jawi dan Bahasa Arab
Bahasa Melayu | Jawi | Bahasa Arab |
---|---|---|
Isnin | ุงุซููู | ุงูุฅุซููู |
Selasa | ุซูุงุซ | ุงูุซูุงุซุงุก |
Rabu | ุฑุงุจู | ุงูุฃุฑุจุนุงุก |
Khamis | ุฎู ูุณ | ุงูุฎู ูุณ |
Jumaat | ุฌู ุนุฉ | ุงูุฌู ุนุฉ |
Sabtu | ุณุจุชู | ุงูุณุจุช |
Ahad | ุงุญุฏ | ุงูุฃุญุฏ |
Fakta Menarik tentang โHariโ
1) Hari dalam Islam bermula selepas Maghrib
Berbeza dengan sistem kalendar biasa, dalam Islam, satu hari baru bermula selepas waktu Maghrib. Sebab itu, malam Jumaat bermula pada petang Khamis selepas Maghrib.
2) Jumaat adalah hari yang paling istimewa
Dalam Islam, hari Jumaat dianggap penghulu segala hari kerana terdapat solat Jumaat yang wajib bagi lelaki Muslim. Selain itu, banyak kelebihan dan keistimewaan berkaitan hari ini dalam Al-Quran dan hadis.
3) Nama-nama hari berasal dari bahasa Arab
Setiap nama hari ini digunakan secara meluas dalam dunia Islam, terutamanya di negara-negara yang menggunakan bahasa Arab dan Jawi. Malaysia juga tetap menghidupkan penggunaan tulisan jawi.
Terus Belajar Tulisan Jawi
Jadi untuk anda yang baru belajar untuk mengenali tulisan jawi terutamanya untuk ketahui setiap nama hari yang ada, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Memahami nama-nama hari dalam tulisan jawi ini juga bagus bagi mereka yang baru ingin mendalami tulisan ini dan bahasa arab. Ketiga-tiga bahasa melayu, jawi dan bahasa arab bunyinya hampir sama.
Mudah sahaja kan?