Nuzul Quran adalah hari penting dalam Islam yang memperingati turunnya ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Di Malaysia, ia merupakan hari kelepasan am di beberapa negeri.
Jika anda ingin mengetahui negeri mana yang mendapat cuti sempena Nuzul Al-Quran, disini anda akan maklumat lengkap untuk tahun 2025.
Negeri yang Cuti Sempena Nuzul Quran
Berdasarkan jadual cuti umum terkini, berikut adalah negeri-negeri yang memberikan cuti sempena Nuzul Quran:
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
- Perlis
- Pulau Pinang
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jika anda bekerja atau belajar di negeri-negeri ini, anda akan menikmati cuti umum pada hari tersebut.
Negeri yang Tidak Cuti Sempena Nuzul Al-Quran
Tidak semua negeri di Malaysia mengisytiharkan Nuzul Quran sebagai cuti umum. Berikut adalah negeri-negeri yang tidak bercuti:
- Johor
- Kedah
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Sabah
- Sarawak
Jika anda berada di negeri-negeri ini, hari Nuzul Al-Quran adalah hari bekerja seperti biasa.
Bilakah Tarikh Nuzul Al-Quran 2025 Di Malaysia
Di Malaysia, untuk tahun 2025, Nuzul Al-Quran jatuh pada 18 Mac 2025 (Selasa) bersamaan dengan 17 Ramadan 1446H. Jadi pada hari inilah, 7 negeri termasuk wilayah persekutuan akan bercuti dan mendapat kelepasan am.

Kepentingan Cuti Nuzul Al-Quran
Cuti sempena Nuzul Al-Quran memberi peluang kepada umat Islam untuk:
- Menghayati sejarah turunnya Al-Quran
- Mengadakan majlis ilmu seperti tadarus dan ceramah agama
- Mengisi masa dengan ibadah di bulan Ramadan
Bagi mereka yang tidak mendapat cuti, masih boleh mengambil peluang untuk beribadah dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran selepas waktu kerja.
Rujukan Cuti Umum Malaysia
Untuk mendapatkan maklumat rasmi mengenai cuti umum di Malaysia, anda boleh merujuk kepada Portal Rasmi Kerajaan Malaysia di www.malaysia.gov.my
Jika anda bercadang untuk merancang aktiviti sempena Nuzul Al-Quran, pastikan anda menyemak status cuti negeri anda. Negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan Selangor mendapat cuti, manakala Johor dan Kedah tidak.
Dengan mengetahui senarai negeri yang cuti sempena Nuzul Al-Quran, anda boleh membuat perancangan terbaik untuk hari istimewa ini.