Pertembungan antara Perak vs Penang ini bakal berlangsung untuk hari kedua, minggu kelima (LS5) dalam saingan Liga Super 2024/2025. Ianya merupakan perlawanan terakhir untuk hari ini.
BACA JUGA : Jadual Penuh Liga Super 2024/2025 Untuk Minggu Kelimat (LS5)
Ianya akan berlangsung pada 13 Julai 2024, iaitu pada hari Sabtu bertempat di Stadium Perak di Ipoh dengan waktu sepak mula adalah pada pukul 9.00 malam.
Untuk yang ingin menyaksikannya secara langsung di kaca tv, anda boleh buka saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara live streaming di RTM Klik secara percuma.
Penang dan Perak masing-masing berada di kedudukan 10 dan 11 dalam carta liga. Masing-masing dengan 3 mata. Tetapi sedikit berbeza jika dibandingkan dengan setiap keputusan.
Ini kerana pasukan pelawat, Penang masih lagi belum merasai kemenangan 3 mata dalam saingan liga. Manakala pasukan tuan rumah, Perak sudah menang sekali sebelum ini.
Sekali lagi peluang yang ada, Penang pastinya ingin mendapatkan 3 mata tersebut. Tetapi perlulah bekerja dengan lebih keras ketika berdepan Perak.
Perak masih mempunyai kelebihan dalam perlawanan ini. Bermain di tempat sendiri dan ribuan penyokong yang hadir, pastinya memberikan tonik tambahan kepada pemain-pemain sendiri.
Keputusan Perak vs Penang
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Perak vs Penang dalam saingan Liga Super 2024/2025 bagi minggu kelimat (LS5) yang berlangsung pada 13 Julai ini. Keputusan perlawanan pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
FT : Perak (0) – (2) Penang
- Neto Oliveira 45+3
- Alif Ikmalrizal Anuar 90+7′
Masa : 9.00 malam
Venu : Stadium Perak
TV : TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik