Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang unik dan bersejarah yang telah dianjurkan oleh Malaysia sejak tahun 1957. Ia adalah salah satu kejohanan bola sepak tertua di Asia.
Penganjuran kejohanan ini adalah sebagai sambutan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang pertama ketika itu. Sehingga kini, kejohanan ini terus menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di rantau ini.
Bukan itu sahaja, kejohanan ini kebiasaanya berlangsung dalam kalendar FIFA dimana sama taraf seperti Perlawanan Persahabatan Tier 1. Jadi ianya tetap menawarkan mata ranking dan pemenang setiap perlawanan mampu untuk perbaiki ranking FIFA.
Pestabola Merdeka 2024
Pestabola Merdeka telah dianjurkan sejak tahun 1957 untuk edisi pertama. Jadi untuk tahun 2024 ianya merupakan edisi ke-43 kejohanan dimana berlangsung pada 4 dan 8 September 2024 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jali.
Malaysia selaku tuan rumah tidak pernah terlepas peluang untuk beraksi dalam kejohanan ini sejak penubuhannya. Setiap tahun, pastinya akan ada 3 pasukan yang dijemput untuk mengambil bahagian.
Sejak daripada itu, Harimau Malaya telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan muncul juara sebanyak 10 kali iaitu yang terbanyak berbanding pasukan lain. Selain itu, Malaysia juga bergelar naib juara sebanyak 7 kali dan pernah menjadi juara bersama sebanyak 2 kali bersama Korea.
Untuk rekod, dagi edisi kali ini, juara bertahan ialah Tajikistan yang berjaya merangkul gelaran pada edisi ke-42 dan mereka juga sekali lagi akan mengambil bahagian dalam Pestabola Merdeka 2024.
Senarai Pasukan Bertanding Dalam Pestabola Merdeka 2024
Edisi 2024 akan menampilkan empat pasukan yang bersaing untuk merebut gelaran juara. Pasukan-pasukan tersebut adalah :
- Malaysia (ranking ke-135)
- Filipina (ranking ke-147)
- Lubnan (ranking ke-117)
- Tajikistan (ranking ke-102)
Tahun ini mencatat sejarah apabila Filipina dijemput untuk kali pertama bermain dalam Pestabola Merdeka. Filipina menjadi negara keenam dari rantau Asia Tenggara yang mengambil bahagian, selepas Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, dan Singapura.
BUkan itu sahaja, Lubnan juga bakal membuat penampilan sulung mereka dalam kejohanan ini. Tajikistan, yang merupakan juara bertahan, akan beraksi untuk kali kedua selepas memenangi edisi 2023.
Format Pertandingan
Pestabola Merdeka 2024 yang melibatkan 4 pasukan ini akan diadakan dengan format kalah mati, bermula di peringkat separuh akhir. Malaysia akan menentang Filipina, manakala Lubnan akan berdepan dengan Tajikistan.
Pasukan yang menang di perlawanan separuh akhir akan mara ke final untuk merebut trofi dan gelaran juara, manakala pasukan yang tewas akan bertanding bagi penentuan tempat ketiga.
Di samping itu, pasukan yang menang juga akan meraih mata ranking FIFA, menjadikan setiap perlawanan lebih sengit dan penuh dengan strategi.
Senarai Pemain Malaysia Di Pestabola Merdeka 2024
Berikut merupakan senarai pemain daripada setiap kelab yang dipilih dan mewakili negara dalam kejohanan pada edisi kali ini:
Jadual & Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2024
Pestabola Merdeka akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 (Rabu) dan 8 September 2024 (Ahad). Satu perlawanan berlangsung pada 4.30 petang dan satu lagi perlawanan pada jam 9.00 malam dengan venue yang sama di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Anda boleh saksikan perlawanan-perlawanan ini secara langsung di kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803. Juga tersedia di saluran RTM menerusi Sukan RTM. (tiada di TV Okey)
Selain itu, anda juga boleh tonton secara live streaming dengan menggunakan platform Sooka atau RTM Klik secara percuma. Boleh menggunakan laman web atau aplikasi mobile untuk strim perlawanan-perlawanan ini.
[Separuh Akhir 1] – 4 September 2024 (Rabu)
- FT : Lubnan (1) – (0) Tajikistan | 4.30 pm | Astro & RTM
- FT : Malaysia (2) – (1) Filipina | 9.00 pm | Astro & RTM
[Penentuan Tempat Ke-3] – 8 September 2024 (Ahad)
- FT : Filipina (0) – (0) Tajikistan [Pen: 3-4] | 4.30 pm | Astro & RTM
[Final] – 8 September 2024 (Ahad)
- FT : Malaysia (1) – (0) Lubnan | 9.00 pm | Astro & RTM
Senarai Pemenang Di Pestabola Merdeka 2024
Kedudukan | Pasukan |
Juara | Malaysia |
Naib Juara | Lubnan |
Tempat Ke-3 | Tajikistan |
Tempat Ke-4 | Filipina |
Pembelian Tiket Online Pestabola Merdeka 2024
Bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium, terdapat empat perlawanan kesemuanya dalam kejohanan ini. Pembelian tiket boleh dilakukan secara online di laman web www.tickethotline.com.my.
Harga tiket yang ditawarkan adalah untuk dua perlawanan untuk satu hari. Jadi anda boleh masuk untuk kedua-dua perlawanan yang berlangsung pada hari yang sama dengan satu tiket sahaja.
Tiket untuk kategori terbuka berharga RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun. Untuk mereka yang ingin pengalaman lebih eksklusif, tiket kategori grandstand boleh didapati dengan harga RM80.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan menarik dalam kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang melibatkan pasukan Harimau Malaya pada 4 dan 8 September 2024.
Sokongan anda pasti akan memberikan semangat kepada pasukan kita untuk terus berjuang dan mencapai kejayaan!