Senarai Contoh Ucapan Nuzul Quran 2025 / 1446 H

By aiman

Published On:

Follow Us
contoh ucapan nuzul quran

Ucapan Nuzul Quran antara yang boleh diungkapkan sempena mengingati antara peristiwa terbesar dan penting dalam sejarah Islam iaitu menandakan turunya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Turunnya Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dalam Islam yang menjadi panduan hidup umat manusia. Peristiwa ini mengingatkan kita tentang kepentingan membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan berdoa terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Dalam masa yang sama, boleh juga berkongsi ucapan yang penuh makna kepada ahli keluarga, sahabat, dan kenalan sebagai tanda penghargaan terhadap hari yang mulia ini.

Tarikh Nuzul Quran 2025 di Malaysia

Pada tahun 2025, tarikh Nuzul Quran adalah jatuh pada 18 Mac 2025 (Selasa), bersamaan dengan 17 Ramadan 1446 H. Pada hari ini juga, beberapa negeri akan bercuti dan juga merepukan hari kelepasan am.

BACA JUGA : Senarai Negeri Bercuti Pada Hari Nuzul Quran

20 Contoh Ucapan Nuzul Quran 2025 / 1446 H

Berikut adalah senarai contoh ucapan yang boleh digunakan sempena Nuzul Al-Quran:

  1. Salam Nuzul Al-Quran 1446H! Semoga kita semua terus mendapat keberkatan dan hidayah daripada Al-Quran. Selamat beramal!
  2. Selamat menyambut Nuzul Quran 2025. Moga Al-Quran sentiasa menjadi pedoman dalam kehidupan kita.
  3. 17 Ramadan, Nuzul Al-Quran. Hari penuh keberkatan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  4. Moga cahaya Al-Quran terus menerangi hidup kita. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 2025!
  5. Al-Quran, petunjuk sepanjang zaman. Hayatilah keindahannya di hari yang mulia ini.
  6. Al-Quran adalah panduan terbaik dalam kehidupan. Jadikan ia teman sejati. Selamat Nuzul Quran!
  7. 17 Ramadan bukan sekadar tarikh, tetapi simbol kebangkitan ilmu dan iman. Hayatilah maknanya.
  8. Al-Quran adalah surat cinta dari Allah SWT. Bacalah, fahamilah, dan amalkan dalam kehidupan.
  9. Tiada yang lebih indah selain mengisi hati dengan ayat-ayat Allah. Selamat Nuzul Quran 2025.
  10. Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mencintai dan mengamalkan Al-Quran. Amin.
  11. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran. Moga kita terus dekat dengan kitab suci ini.
  12. 17 Ramadan, hari istimewa. Moga Al-Quran sentiasa di hati kita.
  13. Jadikan Al-Quran cahaya hidup. Salam Nuzul Al-Quran 2025!
  14. Bersama menghayati dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
  15. Nuzul Quran, masa terbaik untuk kita perbaiki diri dengan petunjuk Allah.

Ucapan Doa Sempena Nuzul Quran

  1. Ya Allah, berikan kami kefahaman dalam agama dan hidayah untuk terus mencintai Al-Quran. Ameen.
  2. Semoga kita semua dikurniakan hati yang ikhlas dalam membaca dan memahami Al-Quran.
  3. Doa kami agar Al-Quran terus menjadi cahaya dalam kehidupan kita semua. Selamat Nuzul Quran!
  4. Moga kita dapat istiqamah dalam membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran Al-Quran.
  5. Ya Allah, jadikan Al-Quran sahabat kami dunia dan akhirat. Selamat Nuzul Al-Quran 1446H!

Pantun Nuzul Quran

Burun bayan hinggap di dahan,
Mencari makan hingga ke malam,
17 Ramadan diturunkan al-Quran
Sebagai petunjuk sekali alam.

Rama-rama hinggap di tangan,
Terbang sebentar mencari makan,
Al-Quran bukan sekadar bacaan,
Ia menjadi petunjuk jalan.

Burung terbang membuat sarang,
Membuat sarang di pokok langsat,
Al-Quran petunjuk jalan yang terang,
Jangan tak ikut, nanti tersesat.

Petang hari cuaca redup,
Tiba-tiba hujan baju pun basah,
Al-Quran pedoman di dalam hidup,
Bila tak ikut, hati gelisah.

Menonton bola, makan kuaci,
Bola dibawa kesana kemari,
Mari dibuka kitab yang suci,
Jangan dibiarkan di dalam almari.

Bila sudah retaknya kaca,
susun kembali tidak manfaat,
Bila Al-Quran selalu dibaca,
Mudah-mudahan nanti dapat syafaat.

Malam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan,
17 Ramadan malam diturunkan Al-Quran,
Al-Quran bukan hanya sekadar bacaan,
Al-Quran adalah pedoman hidup bagi orang-orang yang beriman.

Nuzul Al-Quran adalah hari yang penuh berkat bagi umat Islam. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan kitab suci ini dalam kehidupan seharian. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah dan menyebarkan ucapan yang baik untuk menyemarakkan lagi sambutan ini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan anda dalam menyampaikan ucapan Nuzul Quran kepada orang tersayang. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 2025 / 1446H!

Sumber : aimanabdullah.com, hellokerja.com

aiman

Apa yang terlintas di fikiran, akan ku kongsikan kepada pembaca lain. Selagi ianya bermanfaat. Apa salahnya kan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment