Serentak dengan acara pengenalan dan perasmian siri iPhone 16, pihak Apple Malaysia pada masa yang sama juga turut mengumumkan senarai harga iPhone 16 untuk pasaran Malaysia bagi tahun 2024.
Apple sekali lagi mencuri perhatian dunia dengan pelancaran iPhone 16 pada 10 September yang lalu. Model terbaru ini hadir dengan pelbagai inovasi teknologi yang menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih canggih.
Ramai peminat teknologi di Malaysia sudah mula bersedia untuk mendapatkan iPhone 16, terutama bagi pengguna tegar apabila turut diumumkan pelancaran pre-order yang boleh dilakukan seminggu selepas pelancaran rasmi.
Bagi anda yang ingin mendapatkan iPhone terbaru kali ini, jadi jom kita lihat senarai harga iPhone 16 terkini di Malaysia serta spesifikasi utama yang ditawarkan oleh setiap model iaitu iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max
Senarai Harga iPhone 16 di Malaysia
Harga iPhone 16 di Malaysia dijangka berkisar antara RM3,999 hingga RM7,999 dimana bergantung kepada model dan kapasiti penyimpanan (storage). Berikut adalah senarai harga berdasarkan model siri iPhone 16 yang ditawarkan:
1) iPhone 16
- 128GB – RM3999
- 256GB – RM4499
- 512GB – RM5499
2) iPhone 16 Plus
- 128GB – RM4499
- 256GB – RM4999
- 512GB – RM5999
3) iPhone 16 Pro
- 128GB – RM4999
- 256GB – RM5499
- 512GB – RM6499
- 1TB – RM7499
4) iPhone 16 Pro Max
- 256GB – RM5999
- 512GB – RM6999
- 1TB – RM7999
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana model iPhone 16 terbaru ini, anda boleh dapatkan di Apple Store TRX atau mana-mana cawangan AAR seperti Machine, Switch, Thunder, SenQ dan sebagainya.
Selain itu, anda juga boleh dapatkan dan beli secara online di laman Shopee Mall Apple dan Lazada seperti pautan dibawah:
Spesifikasi dan Ciri-Ciri Utama
iPhone 16 dilengkapi dengan chipset A18 yang lebih berkuasa, yang menjadikannya lebih pantas dan efisien dalam menjalankan aplikasi dan permainan grafik tinggi.
Model Pro dan Pro Max turut menawarkan teknologi kamera yang dipertingkatkan, termasuk lensa Ultra Wide 48MP, telefoto 5x zoom, dan rakaman video berkualiti studio. Ciri-ciri ini menjadikan iPhone 16 sebagai peranti yang sesuai untuk pengguna yang gemar fotografi dan videografi.
Pada siri terbaru kali ini juga, Apple buat pertama kali memperkenalkan butang tambahan terbaru yang berada disisi butang kuasa. Ianya berfungsi sebagai pengatur kamera atau Camera Control.
Apple juga memperkenalkan teknologi Apple Intelligence, sebuah perisian AI yang membantu pengguna dalam penulisan, penyusunan struktur ayat, dan tugas seharian.
Teknologi ini dijangka meningkatkan kecekapan dalam penggunaan iPhone, terutamanya bagi pengguna yang sering menggunakan aplikasi seperti Notes, Pages, dan email.