Siapakah bakap dinobatkan juara dan pemenang OIAM 2025? Selepas Tujuh minggu yang mengujakan, Grand Finale Calpis Soda One In A Million bakal menjadi malam penentu untuk musim kali ini.
Sejak dari episod pertama, CSOIAM telah menggegarkan industri hiburan, menawan hati jutaan penonton dan menjadi perbualan hangat di seluruh negara! Sentiasa konsisten berada di kedudukan #1 trending di media sosial, rancangan ini telah mencatatkan jumlah tontonan melebihi 8 juta di TV3, menjadikannya fenomena luar biasa dalam dunia hiburan Malaysia.
Bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi pentas impian yang bakal menyaksikan perubahan nasib! Dengan pencarian bakat vokal terbaik yang mencetuskan inspirasi, CSOIAM bukan sahaja menggilap bintang baharu, malah mencipta sejarah!
Dengan persembahan bertaraf antarabangsa dan kejutan hebat yang menanti, Grand Finale ini wajib ditonton oleh semua! Malam Grand Finale Bertemakan ‘Malam Paling Fizz’! Grand Finale ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Top 4 finalis hebat iaitu Kai Deva, Marygrace, Jimi, dan Zazzleen yang mana mereka bersaing untuk merebut gelaran juara dan hadiah utama bernilai RM1 juta!
Hadiah ini termasuk sebuah Peugeot 408 GT, wang tunai RM500,000, kontrak rakaman bersama Alternate Records, dan lagu baharu yang akan digubah serta diterbitkan oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda.
Kini, dengan malam pentas Finale semakin hampir, debaran semakin memuncak! Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara Calpis Soda One in a Million dan pemenang OIAM? Inilah saat yang dinantikan – perjuangan terakhir yang akan menentukan siapa yang benar-benar layak bergelar bintang paling bersinar di Malaysia!
Malam Final One In A Million 2025
Persembahan Bertaraf Bintang! Malam kemuncak ini akan dibuka dengan penuh gah oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang bakal menyampaikan persembahan pembukaan yang menakjubkan, menetapkan standard tinggi untuk malam penuh hiburan ini.
Ratu rock lagenda, Ella, serta Faizal Tahir, Naib Juara One in a Million musim pertama, akan turut mengambil pentas dengan persembahan selingan yang penuh tenaga, menjadikan malam yang diraikan dan tidak akan dilupakan oleh penonton!
Menambahkan lagi keterujaan, finalis Top 4 akan mempersembahkan lagu baru yang dicipta khas untuk malam finale yang bakal menyerlahkan kekuatan dan keunikan vokal dan identiti muzik mereka.
Dalam momen yang paling dinantikan, persembahan solo finalis! Mereka akan mempersembahkan lagu baru yang diciptakan khas secara eksklusif di pentas finale. Memberikan yang terbaik supaya menjadi pemenang OIAM untuk musim kali ini.
Dengan taruhan yang lebih tinggi dari sebelumnya, malam Grand Finale bakal menjanjikan satu persembahan luar biasa yang penuh dengan emosi dan kehebatan yang tidak dapat dilupakan!
Setiap finalis akan menunjukkankan kehebatan mereka dengan mempertaruhkan lagu terbaru, dan kemuncaknya, mereka akan bergabung dalam persembahan lagu Sejuta Kenangan, yang ditulis dan digubah oleh Mage, Aziz Harun, NAKI, dan Darien Sebastian.
Zazzleen akan mempersembahkan Merah, Kai Deva akan menggegarkan pentas dengan Mengejar Bintang, Jimi dengan Tetap Berharap, dan Marygrace akan mempersembahkan Titik Mula.
Kesemua lagu-lagu ini merupakan ciptaan komposer-komposer tersohor, digubah dan ditulis oleh beberapa pencipta hebat dalam industri, seperti Audi Mok, Shazee Ishak, Sharon Paul, Shah Shamsiri, Fedtri Yahya, dan ramai lagi.
![pemenang oiam 2025](https://notaria.my/wp-content/uploads/2025/02/final-oiam.webp)
Barisan juri tetap yang diisertai oleh barisan juri legenda dan mentor industri terkemuka Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan akan menilai setiap finalis dengan teliti, termasuk juri jemputan istimewa, penerbit dan pelakon terkenal dari Indonesia, Nicholas Saputra.
Juara dan pemenang OIAM ditentukan berdasarkan undian peminat dan markah juri. Undian peminat mewakili 40% dan 60% daripada markah juri. Undian dibuka secara langsung sepanjang siaran Grand Finale, memberi peluang kepada peminat untuk menyokong finalis pilihan mereka.
Pentas Grand Final CSOIAM akan disiarkan secara langsung di TV3 atau boleh strim di Tonton, bermula jam 9.00 malam. Untuk aksi di belakang tabir, ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial
Senarai Juara & Pemenang OIAM 2025 – Calpis Soda One In A Million
Berikut merupakan senarai pemenang OIAM musim ke-4 yang telah diumumkan dalam konsert final One In A Million 2025
- Juara – Marygrace
- Naib Juara – Kai Deva
- Tempat Ketiga – Jimi
- Tempat Keempat – Zazzleen
Peserta manakah yang bakal mengikut jejak langkah Suki Low, Ayu Damit, dan Tomok selaku bekas Juara One In A Million pada musim-musim sebelumnya.